Monday, January 16, 2012

Ikutkan hati ..Mati

26 Disember 2011

Berbicara tentang hati apatah lagi pagi2 buta begini barangkali tak masuk akal.. ntahlah badan ini terlalu letih, mata pula semakin memberat tetapi dek kerana hati ini sakit... maka minda mula diasak pelbagai rencana demi membalut luka kesakitan hati ini..

Tertanya jua kusendiri apa perlu sakitnya hati pada insan yang kini sudah pasti tidak peduli.. barangkali terlalu lena diulit mimpi.. terlupa mungkin kepedihan yg dipalit pada hati ini. Kasihan hati..

Memang mudah menyakit hati insan lain.. bagi diri yang tidak berfikir barangkali mudah.. Apatah bibir yang tiada pintu untuk diselit kunci.. maka apa sahaja bisa keluar jika tidak dilapisi keimanan dan timbang rasa.. Tersedu kusendirian... mencari2 barangkali diri ini juga yang bersalah.. mungkin dihukum Allah secara tidak langsung. Salah itu mungkin bukan dari insan yang menyakitkan hatiku tetapi barangkali dari kesalahan yang kulakukan  pada insan lain.. Astaqfirullah...

Tenang hatiku seketika.. mengenangkan tiada yang sia2 pada setiap perkara yang berlaku..segalanya dalam pengetahuan Allah. Kata ustaz yang tidak kuingat ustaz yang mana.. 'sebelum tidur ampunkan semua orang .. biarlah sakit dan deritanya hati kita ..kelak hati kita aman dan damai'

Benar ..walaupun sakit pada mulanya memaafkan insan yang menyakitkan hati kita.. tapi apa gunanya hati kita tidak tenteram dengan perbuatan orang lain.. Janji Allah itu benar ..berbuat baik ..pasti dibalas baik... jadi apa gunanya diheret sama dengan sifat yang buruk..

Bersifat baik ..memang perlu kuat bermujahadah... mulakan dengan memaafkan.. barangkali kebaikan itu tidak akan dibalas oleh insan yang menyakitkan kita..tapi datangnya kebaikan dari insan2 yang lain berlipat2 kali gandanya... amin... 'Selamat istirehat wahai mataku'.. zzzzz

No comments:

Post a Comment