Thursday, September 8, 2011

Jauh bau bunga .. Dekat bau tahi


Ketika bersama seorang teman berbicara kosong 15 tahun yang lalu... tiba2 teman ku bertanya. Dari riak wajahnya dapat kutelah dia dalam kesedihan.. soalnya kalau kita berbuat jahat kita berdosa..kalau ibu bapa wat salah takde dosa ke? Bebelan temanku tak berkesudahan bagai melepas dendam berbuku, dihambur segala deritanya bersama deraian air mata yang aku sendiri tidak mampu membendungnya.
Tangisnya kubiarkan..satu persatu kisahnya kubenam dalam fikiranku.. diam2 merencana apa kata2 terbaik hendak kuluahkan bila dia telah lelah melampiaskan amarahnya. Hampir setengah jam berkata tanpa ada noktah akhirnya dia diam membisu..terkebil2 memandang lantai.. agaknya puas sudah rasa di hati bak membuang beban yang selama ini tergalas di bahu.
Namun diamnya itu tidak lama.. tiba2 dia ketawa pula.. suspen jugak rasa di hati ..diriku pula terkebil2 memandangnya.. baru sebentar tadi dirudung kesedihan kini ada pula yang lucunya. Lama kutenung temanku ini ..akhirnya dia mendongak.. “berdosa ke dia?” Kalimah itu pula terbit di bibirnya .. “jika merasa diri bagai anak pungut.. tak disayangi.. Salah anak lain tapi dia pula yang dimarahi. Kerja rumah semua dia yang lakukan..kakaknya pula jika tidak membantu tidak pula di marah...tetapi hujung2 dia pula menjadi mangsa leteran ibunya. Baru behajat nak keluar bersama kawan-kawan, awal2 ditegah ibu.. namun kakaknya bebas pula ke mana kemari.  Kalau dibenar keluar, jangan pula berani lewat pulang .. alamat sebakul leteran ibu kedengaran.. kakak pula sepatah pun tiada cuma jelingan ibu hadiahkan..hujung2 dia jugak menadah telinga mendengar amarah ibunya ..adil ke begitu?” “salahkah dia rasa sakit hati pada ibu?” berderai lagi air matanya.. lantas kupeluk temanku... bagiku itu yang dia perlukan tika itu.. perhatian dan sokongan jiwa.. sambil sesekali kuajak dia beristiqfar pada Ilahi.. moga2 beransur hilang gundahnya itu.
Lama kami begitu..bak drama swasta yang dibintangi pelakon2 handal yang tiada taranya. Barangkali jika dibanding dengan Fasha Sandha, penerbit menggaru kepala siapa yang hendak dicalonkan pelakon handalan meskipun tidak pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik ...pelakon2 ini ternyata tampak hebat..hahahahaha.
Sejenak kami membisu...temanku dengan sendunya..aku pula meyusun2 bait2 indah untuk merawat lukanya.. takut tersalah kata ..semakin parah luka yang ada. Sementelah diriku ini bukannya bijak pandai ...bukan juga pakar motivasi terhebat.. Sambil menunduk ku mulakan bicara.. takut jika berpandangan hilang pula ilham yang datang..
 “Ina.. *bukan nama sebenar* selalu kalau mak hang masak tengah hari dia suka masak apa ye?” Terbelalak mata temanku.. “Ishh..dia ni..orang sedih dia ingat makan pulak.” Melihat wajahku yang seolah benar2 nak tahu, tanpa berfikir Ina menjawab seperti arif benar masakan ibunya. “Masak sambai udangla, tak pun gulai ikan kembong pastu mesti ada ikan jeket belah belakang”. Penuh bercahaya wajah temanku menceritakan masakan ibunya..terlupa seketika kesedihan yang tadi bagaikan merobek jiwanya. “Eh! Sambai udang tu bukan favourite hang ka?” tanyaku lagi. “Yalah.” Lantas aku tersenyum.. menambah hairan temanku ini.
“Ina, kalau mak hang tak sayang hang, takkan dia nak masak masakan kegemaran hang selalu. Aku yakin kalau dia beli baju mesti dia ajak hang pilih kain, betui dak?” sambil mengangguk Ina masih diam.. barangkali cuba memahami apa yang cuba aku sampaikan. “Tapi tu je.. lain2 semua dia sekat.. aku je kena berleter  hari2.”
Bahu Ina kusentuh, “Ina, mak hang tu paling sayang kat hang tau..pelik kan macam mana kata sayang tapi hang je kena leter, kena marah.. hakikatnya aku rasa sebab hang je anak yang mendengar kata, anak baik .. jadi pada hang je dia nak mengadu nak bercerita..nak marah , nak merajuk sebab dia tau hang akan dengar”
Memang pelik kehidupan begitu.. bagi anak pastinya terasa tidak adil..tapi itu rumusan yang dapat ku buat dari ceritanya. Selalunya manusia hanya akan menzahirkan marahnya, rajuknya pada orang yang dia tahu mengambil berat akan dirinya. Bak lirik lagu Siti Nurhaliza “purnama merindu” ..
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu  yang sudi.. merindu ku

Bagi ibu bapa, jika anak itu diam mendengar leteran, diarah berbuat sesuatu, dituruti... ditegah, maka ditaati.. itulah anak yang akan selalu disebut2nya... percaya atau tidak jika anak itu tiada akan dikenang2nya selalu. Barangkali ibu bapa itu sendiri tidak tahu bahawa mereka sangat sayangkan anak itu. Ada ibubapa tidak tahu bagaimana hendak menzahirkan kasih sayang, jadi tidak pelik anak2 terasa seperti dibenci dan dibeza2kan.

Jika siapa yang ada membaca tulisan ku bertajuk IBU MERTUAKU..boleh juga ku jadikan contoh. Kisahnya.. setelah sekian lama saudaraku itu hidup bersama mertua, ditakdirkan.. Allah lebih menyanyangi suaminya...satu2nya pelindung dan pengubat duka lara tika menghadapi si ibu mertua.. Bila hilang tempat berteduh maka hilang sepenuh kekuatannya kerana yang separuh lagi telah hilang bersama hilangnya kedua ibubapa kandungnya ke alam yg kekal abadi...

Tepat keesokan harinya selepas kematian suami tercinta, saudaraku nekad berhijrah bersama anak2nya kembali ke rumah ibu bapanya yang telah tiada. Satu persatu beg pakaian diangkat.. lantas berderu ipar duai cuba menyekat. Masih merah kubur si suami sudah mahu ke mana saudaraku ini... dalam tangis yang tertahan dikatanya cuma ini... “siapalah saya hendak menumpang kasih...dipandang pun tidak .. umpama kain buruk tiada nilainya” Bersama kesedihan yang bergumpal dikumpul segenap kekuatan dipohon restu dari bonda mertua tercinta minta dihalalkan makan minum seadanya. Salam disambut ...namun tiada sepatah pun bicara terbit dari mulutnya..hanya matanya terkebil2 tidak percaya.

Setelah pemergian saudaraku ini.. mertuanya masih seperti dulu.. tiada yang elok dibibirnya.. saudaraku salah itu salah ini..oo begitu perangainya.. begini rupanya dia... penuh kemarahan penuh kebencian... Namun pemergian saudaraku bukan membuang bondanya ..hanya sekadar memberi ruang buat dirinya agar dapat berbakti dengan tenang..kerana dia takut empangan kesabarannya pecah dek kerana sokongannya telah tiada. Selepas agak lama pemergiannya ..dihubunginya bonda mertuanya..dalam gentar dalam ragu2...dia mencuba..apa yang diterimanya hanyalah kata2 yang menghiris kalbu, namun ditadahkan juga telinganya itu tanpa membalas.. dipohon ampun dan maaf tiada henti.. kata ibu mertuanya ..tak sangka anak Haji sanggup buang dia ... ingat baik rupanya tidak...

Menangis dan menangis ...itulah yang mampu saudaraku lakukan.. takut dia tergolong anak derhaka.. namun untuk kembali ke pangkuan mertua.. dia sudah tidak sanggup..sekali melangkah tak mungkin berpaling. Tetapi janji Allah sabar itu ada nikmat juga akhirnya. Setelah tidak tinggal bersama menantu yang dianggapnya hantu itu.. tinggallah si ibu ini bersama anaknya. Selama tinggal bersama ..sesungguhnya amat berbeza layanan yang diterima...walau si anak tidak pernah gagal menyediakan keperluan..malah segala yang terbaik diberikan. Dia tidak boleh lagi mengarah itu ini.. dulu di rumah sendiri semuanya dibawah kekuasaannya.. nak makan apa ..bagaimana hendak memasaknya ..semua mengikut tradisinya. Kini jika ditegur salah cara memasak..anak sendiri menjawab.. “ala mak sekarang  orang tak giling2 lagi nk buat kari..beli je pek siap”. Jika dulu di suruh giling...menantunya menurut tidak membantah.

Jika dulu cucunya bising membingit ditempiknya...makan lebih sedikit katanya jakun macam tak pernah jumpa makanan.. kini cucnya yang ada sudah besar2..tiada lagi bunyi bising ...mulalah terasa kesunyiannya.. dari hari ke hari rindu mula menjalar di hati bonda mertuanya itu.. perlahan2 berbunyi juga di bibirnya bertanyakan hal menantu..betul lah kata orang tua2 ‘jauh bau bunga dekat bau tahi’. Tiba2 sahaja menantu yang hantu itu menjadi sebutannya hari2.. menantu pandai masak cucur ini ...sedap masak itu. Cucunya suka makan ini.. suka buat itu. Sedang dulu masakan yang sama itu lah dihina2..tak sedapla..nak telan pun tak boleh lah...

Sehingga pelik anak2 yang lain.. dulu semua serba tak kena. Hendak duduk dekat pun susah..kini berjumpa terus dipeluknya.. rindu amat menantunya yang satu itu. Dipuji tidak putus..sehingga tak senang duduk pula jadi menantunya itu. Penuh kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi  

Alhamdulillah ... berakhir sudah kisah derita.. pada ku itulah orang tua..atau sesiapa sahaja..masa ada dipandang pun tidak.. bila tiada mula terkenang itu ini... ada anak yang taat lupa untuk belajar menghargai... kasih sayang perlu ditunjukkan.. apatah anak perempuan memang mendambakan kasih sayang dan perhatian.

Sememangnya anak2 sampai mati tidak boleh derhaka.. biarla sejauh mana perlakuan ibu bapa terhadap kita... dosa atau tidak itu akan dijawab oleh mereka sendiri di hadapan Allah kelak... kerana anak2 itu amanah Allah ...tanggungjawab ibu bapa mendidiknya,  memberi pendidikan dan tunjuk ajar bukannya hak milik kekal yang boleh dilakukan apa saja.. itu hak anak2. Hak ibu bapa pula ditaati ...Tetapi apakah mampu anak2 bertahan dengan kesabaran jika terus menerus disiksa jiwanya. Mampukah akal  anak2 mentafsir yang tersirat... jika hari2 dibentak dan diperlakukan seperti hamba tawanan “oh mak aku buat begini ...sebenarnya dia sayang” "ayah aku memang suka sepak terajang.. tapi aku anak favourite dia" boleh kah begitu... apakah itu gambaran sayang... Jawapannya tepuk dada tanyala iman... Wallahu a’lam..

‘Id al-Mubarak untuk semua..

1 comment: