Friday, November 4, 2011

Berkata benar walaupun pahit

3 November 2011

Rata2 manusia ini bila memberi nasihat mungkin tiada masalah... apatah jika itu anak2 sendiri atau adik beradik sendiri. Tetapi jika melibatkan orang luar hatta saudara mara atau sepupu sepapat maka hendak menegur terasa berdebar2 juga di hati. Walaupun kadang2 yang hendak ditegur perkara yang baik masih juga menelan2 air liur yang bagai tersekat di kerongkongan. Apapun jua perasaan kita 'berkata benar walaupun pahit' adalah perlu selagi kita hidup di bumi yang fana ini.

Selalu ada yang mengatakan, nak tegur orang tengoklah diri sendiri dulu. Kalau diri pun tak bagus jangan pandai2 menegur orang lain. Soalnya adakah manusia yang sempurna di muka bumi ini sesempurna Nabi s.a.w.? Jika tiada manusia begitu maka apakah amar ma'ruf nahi mungkar tidak perlu kerana tiada siapapun yang layak?

Bersetujukah anda jika saya katakan menegur insan yang tidak kita kenali adalah lebih mudah? ..berbanding yang kita kenali seperti ipar duai sendiri, saudara mara, jiran2 tetangga terdekat mahupun sahabat karib. Kerana hubungan yang rapat dan ukhuwwah yang ada kadangkala menjadikan kita amat berhati2 dek takut mengguris hati dan perasaan. Manalah tahu tersalah ayat perhubungan tercalar kerana teguran itu. Bukan setakat itu sahaja... nak menghadapi kecaman insan yang kena tegur itu pun satu hal.. silap2 yang menegur pula yang macam bersalah..

Lain pula halnya dengan orang lain .. yang tiada ikatan dengan kita.. barangkali lebih mudah kerana jika pun kita di maki hamun sesudah teguran itu.. kita tak terlalu ambil hati kerana tidak rapat ...Ntahla.. mungkin ada yang mengatakan sebaliknya.. menegur orang lain barangkali lebih susah..

Menegur satu hal..hendak menerima teguran lagi banyak hal. Walau sedar diri bersalah ..rata2 manusia susah menerima kesalahan. Sehabis mati akan berjuang walaupun ternyata seperti menegakkan bulu yang basah.. yang penting menang.

Teringat saya kisah seorang sahabat.. menceritakan hal sepupu2 nya.. Katanya susah hati melihat mereka sesuka hati mendedahkan aurat..dedah satu hal..seksi lagi tu. Pernah sekali ayahnya menegur sepupunya itu.. habis la berminggu emak saudaranya bermasam muka.. Kisah2 sebegini memang sering terjadi.. yang akhirnya orang menjadi malas hendak menegur..walaupun niatnya baik..

Barangkali kerana niat baik menegur itu tidak nampak ..dan terlalu payah digarap oleh minda  maka yang menegur diklasifikasikan sebagai tegur tak berhikmah.. atau bukan juga orang baik. Tapi peliknya bila hal mendedahkan aurat .. ayat biasa kita dengar "walaupun saya tak bertudung tapi yang penting hati" Aik! pelik tak??.. Maknanya bila dedah aurat dan buat maksiat Tengok hati, Jangan pandang zahir tapi kalau menegur atau memberi nasihat Tak pandang hati pun, cakap apa pun salah. macam itu lah congak masyarakat sekarang..

Hakikatnya memang sukar untuk berkata benar.. Pertama bila kita bersalah dan nak mengaku kesalahan.. memang pahit.. siapa yang mampu.. Maka kalau ada orang yang mahu mengaku kesalahannya ..maka hebatlah orang itu kerana berani bertanggungjawab.. Saya puji sikap amil dari Johor yang ditangkap kerana pecah amanah wang zakat.. (Utusan 3 November 2011) Bukan bangga dengan jenayahnya.. tetapi sekurang2nya dengan mengaku meskipun dicemuh manusia.. di dunia ini selesai urusan hukumannya.. dihadapan Allah kelak sekiranya benar2 bertaubat dia kembali dengan diri yang bersih..

Kedua, berkata hal kebenaran kerana membetulkan kebatilan.. sebagaimana hadis Rasullullah s.a.w. kepada Abu Dzar 'Berkata benarlah walaupun pahit'-- 'قل الحق ولو كان مر' Maka selaku masyarakat yang prihatin kita perlu menyokong gerakan amar ma'ruf nahi mungkar.. InsyaAllah kebatilan dapat dihapuskan. Gerakan ini bukan menghukum.. amar ma'ruf nahi mungkar ini untuk mengingatkan kita kepada Allah ..kembali kepada pencipta.. Mencegah maksiat dan menumpaskan kejahatan..

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment