Tuesday, January 17, 2012

Warkah buat Raja Sehari (Suami)

Assalamualaikum...

            Pertamanya tahniah kuucapkan padamu kerana sudah selamat diijabkabulkan dgn si dia pilihan hatimu. Doa dan harapan ku moga kekal hendaknya jodoh perkahwinanmu..moga dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah kelak sebagaimana tuntutan agama..utk meramaikan umat..dan menegakkan kalimah Allah.

Teman..dengan jabatan tangan mengikat ikatan janji suami isteri, dirimu dan si dia..maka bermula lah kehidupan yang pada dasarnya utk kebahagiaan yg penuh nikmat namun penuh ranjau yg berduri. Sebagai nakhoda ..betapa berat amanah perlu kau galas agar kemudi dibawa benar2 menuju ke arah jalan yg di redhoi Allah dan direstui ibubapa.
Betapa dalam menikmati keindahan perkahwinan itu ..perancangan rapi perlu bijak diatur. Aku bukanlah berbicara seolah kesempurnaan milikku..kerana tiada perkahwinan yang sempurna.. dan tiada manusia yang tiada cacat celanya..namun terimala kata2 ku ini dari insan yang mgkn lebih sedikit pernah melalui dan hidup berumahtangga.. yang mgkn lebih sedikit merasai asam garamnya perkahwinan itu.
Teman..pertamanya rumahtangga hanya akan kukuh jika diri dipersiapkan dengan ilmu agama. Tanpanya maka goyahlah rumahtangga.. Maka carilah majlis ilmu..kenali Allah dan Rasul s.a.w. Ketahui hak serta tanggungjawab sebagai suami..kerana beratnya menjadi suami ..bkn sekadar memegang kuasa tapi bagaimana mengunakan kuasa itu..tersilap kuasa digunakan atau dibiarkan tanpa kemudi..maka tunggulah kepincangan akan bermula…perempuan ini teman mmg dicipta fitrahnya utk dipimpin ..maka sesekali dibiar kemudi dipegang isteri tanpa dikawal rapi …ketika itu takkan mampu lagi kemudi itu utk kau pegang..
Keduanya dalam mencari ilmu Allah.. jadilah pembimbing pada isteri. Bekalkan isteri dengan ilmu agama..hanya dengannya ketaatan isteri ada asasnya..maka isteri akan selalu tahu batas dan hak nya dalam melayari rumahtangga. Satu yang kuingin tekankan ..masa yg terbaik untuk merancang haluan perkahwinan adalah pada saat2 awal kalian bersatu sebagai suami isteri. Kerana pada saat ini segalanya manis buat pengantin baru..dan masing-masing merasakan seolah-seolah di syurga …maka bawala dia ke majlis ilmu, kenalkan dia dgn Allah dan cara hidup Rasul s.a.w yang sebenar.. meskipun pada sesetengah org kita sudah belajar siapa Allah dan rasul s.a.w. namun percayalah kita sering leka bahawa untuk mengingati Allah perlu pengisian setiap masa..
Selain itu teman..restu dan doa dari kedua ibubapa adalah sokongan yang paling kuat dalam menentukan kebahgiaan dan keharmonian sebuah perkahwinan. Bukan sekadar kau yang memahami bahawa taat ibu bapa itu yang utama selepas Allah dan Rasul saw namun didiklah isteri bahawa tempatnya yang utama adalah suami..kedua pada orang tua suami dan seterusnya ibu bapanya sendiri..
Untuk mendidik isteri ..bukan perkara mudah..apatah untuk mengharapkan isteri menghormati ibubapa kita melebihi ibu bapa sendiri bukan pekara enteng..namun harus kau ingat jika suami gagal pada awal perkahwinan untuk meletakkan iman pada jiwa isteri, bahawa hak2 ini ditentukan Allah, maka jiwa tiadala tenteram pada perkahwinan itu walau dilimpah kemewahan yang tiada batasnya..
Teman..bukan tujuan ku memenatkan mindamu dengan kata2 nasihat yang berat..umpama menakut-nakutkanmu di hari gembiramu..namun teman.. inilah hakikat sebuah perkahwinan dan kehidupan…bahwa tiada kebahagian tanpa kebahagian ibubapa.. 
Ingat la juga pesanku..tempat isteri di sisi suami..tidak kira senang atau derita.. namun tempat anak lelaki paling utama di sisi ibu bapa. Setiap insan punya hak..Allah kurniakan secara saksama pada masa dan ketikanya.. Hari ini kelihatan seperti hak kita berkurang kerana sebagai anak kita perlu taat ibu bapa..sebagai isteri pula taat pada suami tapi di suatu ketika Allah akan naikkan hak kita bila kita menjadi ibu bapa. Sekiranya hari ini kita leka..atau merampas hak ibu bapa.. ingatla kita bersama2 ..bahawa hak kita pula akan ditarik Allah di suatu hari kelak.. 
Sesungguhnya teman ..bila akad kau lafazkan untuk memegang amanah…maka pikul lah sebaiknya.. pimpinlah isteri menjadi mukminah sejati.. kelak menjadi ibu yang mithali. Berhati2 lah dengan kehidupan duniawi yang terlalu banyak melekakan kita.. Se-awalnya tanpa perancangan yang dilapisi iman kelak hanyutlah dalam kehidupan yang hanya berat sebelah...mementingkan dunia semata. Janganlah kita bangun kelak menemui Allah yang Satu penuh kekalahan dan kehinaan...
Muhasabah ini bukan untuk dirimu sendiri..tetapi untuk sesiapa jua..kita manusia ..banyak kelemahan..kelemahan diriku usahla kau bandingkan..serasa mgkn tidak layak syurga Allah..Cuma apa salahnya kita membuka ruang untuk kita sama2 menuju keampunan Allah..Buka mata dan minda.. kukuhkan hati dlm mendidik isteri kerana rosaknya isteri adalah lambang kerosakan dan kelemahan suami..
Akhir kata..perkahwinan ini sesuatu yang indah ..maka hiasilah ia dengan keindahan yang berganda..namun untuk mencapai keindahan itu tidak akan terbit andai tiada hubungan kita dgn Allah.. dan restu ibu bapa. Doaku hingga berkekalan cinta dan kasih sayang kalian berdua.. terbit dari kasih sayang itu satu keluarga yang besar dan bahagia..memahami antara satu sama lain.. tolong menolong tak kira hal dunia mahupun akhirat..

Salam ukhuwwah fillah...
                                                                                                                                                                                                         
                                                                  Sahabatmu

No comments:

Post a Comment