Thursday, September 29, 2011

Sakit jumpa Doktor

Baru2 ini anak lelaki sulungku mengadu sakit perut .. Jam tika itu sekitar 11.30 malam. Mata baru ingin terlelap..kugagahi juga memegang perut anakku ..sakit bagaimana ku tanya..mahu buang air besarkah tanyaku. Anak menggeleng kepala .. memulas2? Geleng lagi.. Bapanya kupanggil minta melihat anak ..Selepas sesi soal jawab .. jawapan tak kami temui.. anak masih menangis. Sambil masing2 memberi andaian tak pasti .. ni sebab makan bihun sup masa open house kot..emm kami pun makan ..ok je.. lantas kata putus di ambil kami bawa anak ke klinik 24jam.

Alhamdulillah doktor yang ditemui meskipun pertama kali mendapatkan rawatan di situ ternyata pandai mengambil hati anak.. Banyak juga yang di soal doktor yang bagiku jarang dilakukan oleh doktor klinik biasa.Setelah mengetahui punca (kencing tak lawas) ubat pun diberikan dengan nasihat yang berguna. Anak ku ini memang busy orangnya ..jadual mainnya penuh sepanjang seminggu bercuti raya.. agaknya itulah tak sempat mengurus dengan baik hal penyahtinjaannya itu..

Mengingatkan kebaikan doktor itu (Indian) terasa sedih mengenangkan doktor2 se-agama yang kadangkala amat mendukacitakan. Teringat ketika baby ku demam dua, atau tiga bulan yang lalu..

Soal doktor : “ya sakit apa?” [xde apa khabar puan, hai hello ke.. mana taknya doktor sibuk tengok fb]

 Ifa : anak demam. Suhu pun diambil. Soal lagi      
Doktor : Ada batuk?
Ifa : Ada. Dada di cek .
Doktor : Lagi?
Ifa : Selsema.

Terus ubat di catatkan dan noktah.  Pandai2 la awak keluar sendiri lepas tu. Oh memang sedih doktor Melayu ini.. kononnya orang Melayu penuh adat ..malah punyai agama yang indah dengan akhlak terpuji tetapi yang menunjukkan sifat2 seorang mukmin bukan kita tetapi doktor berbangsa lain.

Satu kes lagi semasa ku mengandung anak kedua. Selama setahun klinik itulah yang selalu kukunjungi.. namanya pun indah punyai nama Islam dalam singkatannya. Bagiku buat apalah ke klinik bangsa lain sedang bangsa sendiri pun sama hebatnya. Hajat hendak memakmurkan bangsa sendiri tapi amat menyedihkan dah bertahun ke sana pun masih tak kenal siapa kita. Kenal itu bukan semestinya nama, kerja apa.. tapi cukuplah isyarat mata, senyuman tanda kita pernah berjumpa.  Sudahlah sakit badan bertambah pula sakit hati...hahahaha.

Ceritanya begini hajat berjumpa doktor nak minta MC.. kerana seharian tidak sedap badan.. barangkali tersalah makan. Dek kerana kandungan 8 bulan dalam hati yakin mesti doktor merasa ihsan..apatah bukan jenisku meminta MC tanpa alasan. Rupanya telahan ku meleset ..sedikit pun MC tak ditawarkan hingga diri sendiri yang meminta. Sedih memang tak terhingga apatah melihat muka doktor seolah2 kita ini kaki MC menambahkan malu di hati... terasa hati nak mencabar doktor melihat rekod ku ..serasanya sepanjang setahun melawati kliniknya serasanya hanya sekali dua aku memohon MC...

Ajaib pula kalau ke klinik berhampiran. Semua doktornya bukan Muslim.. kebanyakan India.. masuk sahaja walaupun pertama kali, doktornya bukan setakat senyum malahan menyapa penuh perhatian. Apatah lagi yang sering merawat kita .. soal anak akan di tanya.. siap dengan tips2 berguna turut dikongsi. MC tak payah ditanya.. siap diberi dengan alasan yang penuh prihatin . bayangkan ada satu ketika anak demam panas.. hajatnya ingin bercuti agar anak dapat dijaga rapi.. Tetapi lain pula yang disarankan oleh doktor.. disuruhnya ambil MC.. katanya cuti boleh simpan untuk urusan penting yang lain.. Terharu sungguh dengan doktor ini...hingga walaupun aku telah berpindah agak jauh kadangkala kusanggup berkunjung ke klinik itu untuk rawatan... jangan salah sangka ..bukan sebab nak MC.. tetapi layanan yang baik dari doktor adalah penawar pertama untuk segala kesakitan pesakit.. itu pendapatku.

Apa kata anda??

No comments:

Post a Comment