Friday, February 2, 2007

Madu dan Racun : POLIGAMI

Saya suka memerhati dan mempelajari kepelbagaian sikap orang lain..bukan kerana diri sendiri sudah cukup baik, tetapi dari pemerhatian inilah membuatkan saya amat menghargai insan2 yg berada di sekeliling saya. Buruk baik mereka saya terima seadanya..walau kekadang sebagai manusia tak lepas dari rasa marah dan kecewa..namun itu adalah asam garam kehidupan...apatah jika saudara , ianya umpama "air dicincang takkan putus" jika sahabat "bagai aur dengan tebing"... saling memerlukan. Dan yang istimewanya dgn sifat dan perangai yg berbeza ia menjadikan setiap kita unik dan tersendiri.

Minat saya begitu mendalam dalam mempelajari emosi dan sifat manusia, hingga kekadang saya cuba membayangkan dan menjiwai gelodak emosi manusia jika sesuatu isu timbul atau perkara berlaku. Antara yg menyentuh perasaan saya ialah "Senario Hidup Bermadu" dan "dimadukan". Sebagai wanita Muslim secara rasional dan logikalnya, saya akui dan mengimani bahawa apa yg dihalalkan Allah itu (bermadu atau dimadukan)...sudah pasti ada hikmah dan kebaikannya. Walau jauh di sudut hati yg lemah dan tipis keimanannya, pantang disebut bermadu..bergegar rasa tubuh, berjurai air mata tanpa dipaksa.. MENGAPA??

Seringkali juga saya membayangkan apakah perasaan saya jika dimadukan.. na'uzubillah baru saja terfikir air mata dan kesedihan dtg bertimpa2..sedih hati bila berkongsi kasih..apatah lagi budaya masyarakat kita yg begitu sensitif mengenai isu ini dan budaya ini diperturunkan dr generasi ke generasi maka menyebutnya saja menjadi satu kepantangan bg sesetengah wanita. Marah pun menjadi2 bila sahaja ada saudara, atau handai taulan yang dimadukan, maka lelaki itu pun dikutuk sbg gatal, miang tak cukup satu, kuat nafsu dll. Astaqfirullah, dan isteri kedua dikutuk sbg perampas, gatal, xde perasaan, nak kikis harta ...sehingga ada pula segolongan manusia yang cuba menyekat poligami dgn peraturan2 yang ketat.. dengan alasan membela kaum Hawa. Bagi hati yang imannya tipis dan akalnya cetek dalam memahami tuntutan Agama dalam berpoligami...maka peraturan2 manusia yg diadakan ini menjadi satu kemenangan di pihak Hawa (terutama yg sudah berkahwin) ...sehingga di suatu sudut..kita lupa kaum Hawa jugala yg menderita dgn peraturan ini dan yg paling bahaya takut menjejaskan akidah.

Bukanlah tujuan saya memenangkan kaum Adam.. tetapi kerana cuba menjiwai watak dan emosi seorang isteri yang dimadukan...atau bermadu membawa saya memikirkan segalanya secara global.. dan saya perlu berfikir secara adil kerana jika diikutkan hati, maka hati itu bisa mati..kerana akal yang berpandukan Al-Quran dan Hadith jugalah raja segalanya untuk manusia memutuskan suatu perkara.

Segalanya bermula bila kenalan rapat saya berkahwin..walau tidaklah sebegitu rapat, saya tumpang gembira bila dia berumahtangga..waima dirinya yang sedikit berumur, menambahkan rasa gembira saya kerana dia juga diberi Allah nikmat berumahtangga. Pada hemat saya, dia mungkin telah berkahwin dgn seorang yang juga berumur atau duda mungkin..namun setelah bertanya rupanya dia bermadu..isteri kedua pada seorang suami yang masih beristeri dan juga punya zuriat. Seperti kebanyakan wanita di Malaysia, berita ini saya sambut dgn rasa terkedu..namun apapun saya ambil pendekatan mendengar cerita kenalan ini ttg bagaimana dia mengenali sang suami, sebab2 yang menjadikan dia sanggup dimadukan.

Mendengar cerita kenalan ini, hati saya begitu terharu..saya bersyukur pada Allah ada juga kaum Adam yang memikirkan kebajikan wanita yang lanjut usia yang belum berumahtangga. Lelaki ini dengan berpegangkan bahawa dia mampu dari segi harta dan firasatnya dia mampu untuk berlaku adil, walau isteri pertama itu tiada cacat celanya dan cintanya juga tak pernah luntur utk si isteri, maka dinikahi kenalan saya ini atas niat yg suci dan keyakinan itulah. Dari sudut ini, pernikahan kenalan saya ini memenuhi tujuan yang sangat mulia. Tujuan memelihara maruah dan keselamatan wanita..walau biarlah apa maksud tersirat si lelaki, kuat nafsu atau sbg.nya (walhal termaktub fitrah lelaki mmg mampu memuaskan 4 wanita) namun niat sucinya amat jelas dan maslahah kebaikannya nyata untuk membela kaum Hawa.

Persoalan yg biasa timbul, kenapa kawin dgn suami orang? kenapa tak cari duda ke atau bujang terlajak ke? kenapa dan kenapa..yang pasti jangan suami orang. Tapi rasionalnya..kitakah yang menentukan jodoh? Kadang2 kita bercinta bagai nak rak..ke hulur ke hilir mcm belangkas..tup2 mak bapak halang..kawin dgn orang lain juga, kdg2 esok dah nak kawin..tup2 kemalangan, bakal suami meninggal.. tak kawin juga. Cerita jodoh bukan ketentuan kita..walau kita merasakan kita punya pilihan untuk tidak berkahwin dgn suami orang..atau tidak berkahwin langsung..tapi bolehkah kita melawan fitrah kejadian manusia yang perlu hidup berkeluarga..perlu disayangi.. Jawapannya..kita hanya bijak menuding jari menyalahkan orang..perampas etc. kita bijak mencari penyelesaian utk orang lain..(kalau xdapat laki bujang, tak payahla kawin) sedang hakikatnya bila kita sendiri mengalaminya (andalusia atau janda) mampukah kita memendam rasa melihat sahabat kita bermain2 dgn anak mrk, mendengar cerita teman2 se ofis ttg betapa 'caring' suami mrk, beri hadiah itu ini. Tahankah kita mendengar soalan2..bila lagi nak makan nasi minyak? soalan2 lazim yg kerap ditanya walau dgn tujuan ambil berat ..tapi bg yg lanjut usia ..soalan itu adalah 'tamparan hebat' kepada jiwa dan mindanya..Sanggupkah kita???

Dengan menjiwai kedudukan kenalan saya ini..saya insaf..perlunya ada kaum Adam yang berhati mulia seperti ini...penyelamat maruah wanita..beri kedudukan yang tinggi pada wanita.. memberi ketenangan emosi pada wanita. Namun jika ditinjau kesan pernikahan ini pada isteri pertama..menitis air mata saya tanpa diminta..sayu yang tak tertahan2..luka dan robek jiwa saya andai itulah saya..terfikir saya..ditempat itu apa yang akan saya lakukan... adakah menganggap suami saya curang? Adakah saya akan berjumpa madu saya dan buat perhitungan atau saya minta diceraikan? Astaqfirullah...pelbagai cara berlegar di minda saya dan yang pastinya menyebutnya sahaja (dimadukan) buat saya menangis teresak2..sehingga bila saya pernah bermimpi dimadukan..na'uzubillah, saya menangis dan bila terjaga tangisan dan esakan masih kekal kedengaran dalam keadaan sedar. Pilunya tika itu..walau hanya mimpi..dan untuk seketika saya terus menangis kerana terlalu terluka andai itu terjadi... na'uzubillah

Sebagai wanita Islam..Mukminah..yang menyakini kebenaran AlQuran dan Hadith ..siapa kita walau dlm tidak sengaja cuba menghalang poligami? Siapa kita di hadapan Allah ingin mengatakan cara hidup Rasul Allah Muhammad S.A.W. kekasihNya tidak sepatutnya berlaku iaitu memadukan isterinya..11 orang ramainya? Siapa kita menyalahkan takdir Allah andai kita dipilih untuk dimadukan atau bermadu? SIAPA KITA?? Kebanyakan wanita akan cuba bersemuka dgn madu mereka..inilah yang dilakukan kebanyakan wanita. Bagi yang kuat agamanya (bukan yang sekadar tahu hukum hakam..spt ustazah etc.)..atau yang bersopan santun, perjumpaan dibuat dgn perbicaraan yang dijaga..walau dalam keadaan marah..ditahan dan dilapisi iman..supaya tidak menjadi kecoh..walau kesedihan melanda..ditabahkan hati. Namun bg yang tipis iman..apatah yang tidak pernah mengendahkan apa itu iman...maka perjumpaan akan berlangsung dgn bertikam lidah..caci maki..na'uzubillah. Mulalah menuduh isteri kedua nak kikis harta, tak berhati perut, miang, gedik sebagainya..

Setelah bersemuka..sampai ke satu tahap tekanan emosi memuncak si isteri akan meminta suami menceraikan isteri kedua atau menceraikannya (pilih satu antara dua) Kata Ustazah di kampung saya..adalah HARAM si isteri meminta cerai pada suami ..jika sekadar tidak mahu dimadukan..cemburu, tdk mahu berkongsi harta..dsb... (sumber lain : Utusan 17 Mac 2003) kecuali dgn sebab yang melampaui batas agama..(spt. suami tidak memberi nafkah dll) Betapa berdosanya kita, andai kita meminta suami menceraikan isteri kedua..walau tertekan emosi kita..inilah yang perlu kita didik jiwa kita..bahawa Suami Bukan Hak Mutlak..apa sahaja kita miliki adalah Hak Allah..pinjaman semata2 buat kita..walau sedih..(usahlah dihitung..) walau merana ..walau remuk redam..hancur lebur jiwa..itulah peperangan batin yg perlu ditangani.. (apalah hak kita mempersoalkan ujian Allah) Kebanyakan wanita yang meminta cerai pula ...kekadang tidak sedar bahawa cintanya pada suami begitu mendalam.. maka dgn meminta cerai ..hanya melegakan kita seketika..namun bila bersendirian..segala memori indah bersama dulu akan kembali..hiduplah kita dgn kerinduan..malah ada wanita yang sanggup meminta untuk dinikahi semula. Walau baginya bermadu itu pahit, tetapi bila hati diubati dgn menerima dugaan Allah..maka hidup menjadi bahagia jua akhirnya.

Dalam banyak keadaan kaum Adam lah yang paling seronok..kembang kempis hidung bila berbicara ttg poligami. Yang tak cukup duit nak makan sendiri pun, tumpang seronok kalau pun dapat bercerita ttg sesiapa yang dapat kawin dua..tiga. Ini apalagi bagi yang mmg berkemampuan..pantang ada peluang, kononnya isteri mandul (tak boleh dah nak ikhtiar ambil anak angkat ke..apa ke) tapi bila dia sendiri mandul ..kenapa tak syorkan pada isteri ..atau tolong rekemenkan suami lain untuk isteri..maknanya lepaskan dgn rela..(tapi tak..minta isteri sabar..pandai pula rancang ambil anak angkat). Konon beria sangat nak anak..ada pun bukannya nak jaga sangat..setakat keje bagi makan pakai (isteri pun keje juga) lain2 semua isteri buat dr mengasuh, mendidik dll. Harap nama je ber'bin' ber'binti' namanya.

Kononnya juga si isteri tak pandai berhias, xpandai itu ..ini..ALASAN!!..dah ditegurkah si isteri?..dah dihantar kursus ke belum? ..dah dikajikah kenapa dia xmahu atau xsempat atau xpandai berhias? Apa yang sang suami abaikan..adalah KENAPA? BAGAIMANA? yang mereka mahu ialah BEGINI lah BEGITU lah. Kebanyakan suami bersikap 'TAHU ADA' sahaja bukan BAGAIMANA MENG'ADA'KAN apa yang tak ada. Kiranyalah dia nak makan malam, semua mesti siap dan kadang2 demand nak sedap2..tak kisahlah isteri pun sama2 penat balik kerja ke..dlm masa yang sama tak kisahlah terkejar2 anak nak susu, terjatuh ke..mana yang bergaduh sampai bingit rumah ke..sesekali dia tengking aje.. konon tak aman duduk di rumah ..nak rehat pun tak boleh..ISTERI..robotkah? siang malam kerja.

Inilah sikap tahu ada saja, macam mana nk bantu beri bende itu ada?? Mahu isteri berhias..BAGAIMANA?? Bantulah isteri menjaga anak bila isteri memasak..(atau adakan pembantu rumah) sesekali buat keje bersama..bila cepat habis kerja..isteri tak penat sangat..bila tak letih ..hati riang, isteri pasti akan berhias..HAKIKATnya lelaki ini seolah2 tidak perasan merekalah NAKHODA kapal..ketua keluarga..kemana halauan nak dituju..merekalah tentukan. Kalau menyimpang haluan tepuk dada tanyalah iman..Sudahkah segala tanggungjawab dilaksanakan?? Jadi dengan memberi alasan itu ini..walau perkahwinan kedua adalah sah..tetapi kesan emosi pada isteri pertama adalah hebat..sikap suami dengan menunding jari bahwa isteri itulah penyebab dia berkahwin lagi adalah sikap melepaskan tanggungjawab, sikap 'loser' ..orang yang gagal..mampukah mendidik seorang lagi isteri?? atau suami ini akan menambahkan lagi stok isteri jika yang kedua pun ada cacat celanya.

Namun, walau sesedih mana pun kita..secara rasionalnya..kita harus akui perlunya poligami.. Seandainya suami ini telah cuba mendidik isteri, atau sekalipun terpaut pada wanita lain dan dikhuatiri dia melakukan perkara haram, adalah wajar baginya berkahwin lagi. Apakah kita lebih rela suami dicintai mempunyai hubungan sulit, dari dikahwininya wanita secara sah dan halal?? na'uzubillah.. Inilah senjata orang bukan Islam..menuding jari mengatakan Islam kejam terhadap wanita..namun kerana fitrah kejadian lelaki mampu lebih dari satu..masyarakat bukan Islam lebih kejam dengan mengamalkan hubungan sulit sedang perempuan simpanan ini langsung tidak mempunyai hak dalam masyarakat, hak berkeluarga, hak mewarisi harta, hak kasih sayang kerana wanita kedua dlm masyarakat bukan Islam walau dicintai sepenuh hati adalah hina di sisi masyarakat dan agama. Tidak bagi wanita Islam..menjadi wanita kedua, ketiga atau empat, hak wanita adalah sama..dimuliakan dan diberi keadilan.

Kepada kaum Adam.. jika dengan alasan apa sekalipun anda memutuskan untuk berkahwin lagi..berlaku adillah pada isteri pertama..bukan sahaja zahir tetapi batin (bukan semata2 tanggungjawab seksual) tetapi emosi. Dalam hal siapa yang lebih dikasihi..mmg Rasulullah S.A.W. pun pernah berdoa (mafhumnya) bahawa di minta agar Allah mengampuninya kerana tidak dapat adil dalam hal hati (kasih sayang). [saya masih mencari sumbernya]

Berlaku ihsanlah pada isteri pertama...KAJILAH DULU KEMAMPUAN DIRI. Kemampuan ini bukan diukur dari segi harta semata tetapi kemampuan untuk berlaku adil. Adil ini pula diukur dengan ketinggian pengetahuan agama dan disusuli pula dgn amalan dan keimanan yang teguh. Pengetahuan dalam ilmu agama semata-mata tidak menjadikan seseorang itu adil. Hatta orang yang bergelar Ustaz sekalipun..tidaklah menjadi satu jaminan bahawa mereka akan berlaku adil..kerana ‘ilmu tanpa amal umpama pohon tiada buah’.

Apa hubungan adil dan poligami? Keadilan amat penting dalam dalam poligami kerana dengan itu Allah menyebut surah An-Nisa' ayat 3 yang berbunyi:


وانخفتم ألا تقسطوا في اليتامى فانكحوا ما طابلكم من النساء مثنى وثلاث ورباع فان خفتمألاتعدلو فواحدة أو ما ملكت أيمنكم ذلك أدنىألا
تعولوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kawinlah wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berbuat adil, maka (kawinlah)seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki, yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (Ani-Nisa: 3)


Sekadar merasakan kita adil adalah sesuatu yang bahaya. Kebanyakan lelaki, walau pada mulanya ikhlas dan suci niatnya bila berkahwin lagi, namun bila benar2 melayari kehidupan berpoligami..ramai yang goyah..kerana yang mereka tak sedari ialah..untuk berkahwin lebih..diri perlu diperkukuhkan dgn ilmu, amal dan ketahanan jiwa..malah perlu ada kebijaksanaan kerana adil ini walau kelihatan mudah, adil maknanya samarata tetapi tuntutan disebalik adil itu adalah jauh mendalam..

Tuntutan adil ini boleh goyah dan rapuh apabila suami tidak bijak menangani emosi isteri. Isteri pertama yang tertekan, tergugat dan rasa kecewa sudah pasti akan menuntut perhatian yang lebih melebihi isteri kedua, persoalan harta akan dibangkitkan, kemanisan rumahtangga yg dikecapi mula diselubungi dengan kesuraman wajah isteri, keceriaan akan mula mengendur. Perang psycology bermula..isteri yang selama ini memahami jika suami kerja lebih masa mulai curiga jika suami berada di rumah madu, bermula episod demi episod perang dingin...bagi suami yang amat mencintai isteri pertama, tuntutan isteri pertama akan menjadi keutamaan, apatah lagi perasaan bersalah mula menyelubungi dan kononnya kerana ingin menebus kesalahan maka tumpuan lebih diberikan..dan terabailah isteri kedua.

Isteri kedua juga tak kurang akan mula merayu si suami supaya sentiasa berada dengannya. Dengan manis bicara..almaklum pengantin baru..pastinya melemahkan jiwa suami. Bagi suami yang cintanya lebih pada isteri kedua, mulalah tanggungjawab pada isteri pertama diabaikan, mulalah keburukan isteri jelas dimata..yang sekelumit kuman menjadi segunung bebanan.
Ketahuilah dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mempunyai berbilang isteri, dia tidak berlaku adil terhadap mereka, akan dibangkit pada hari akhirat dalam keadaan senget.
Oleh itu, apa yang boleh saya simpulkan utk perbincangan ini :

1) Poligami usahlah ditentang, secara halus apatah secara terang-terangan kerana Allah jua yang menghalalkannya.

2) Disebalik poligami itu harus diyakini terdapat kebaikan walau sesedih mana pun wanita (fitrahnya merasa cemburu etc.) kerana tiada yang sia-sia disebalik ciptaan Allah.

3) Sekiranya takdir Allah, mana2 wanita dipilih utk dimadukan, terimalah dengan penuh tabah melalui perbincangan, hadirilah majlis ilmu agama, bacalah AlQuran sbg penenang jiwa.

4) Hindarilah teman2 yang kurang ilmunya tentang berpoligami, kerana walau pada mulanya kita menerima poligami, tetapi kerana kata2 emosi yang cetek ilmunya, ketabahan akan mula goyah, syaitan akan mula menguasai diri..akhirnya wanita mula menyalahkan semua, menyalahkan takdir iaitu Allah..na'uzubillah

5) Jika anda sebagai isteri kedua, hormatilah isteri pertama, fahamilah emosi sesama wanita,
berilah ruang utk isteri pertama menerima hakikat. Timbalah ilmu dan ketahuilah hak anda.

6) Bersikap adil adalah asas bagi poligami, http://skypin.tripod.com/agama/soal7.html

7) Jika ada yang berpoligami di sekeliling anda, usahlah dicemuh si suami, usahlah dihina isteri kedua, usahlah diracuni isteri pertama. Sebagai Muslim Mukmin, berilah kekuatan pada yang dimadu...berilah petunjuk pada yang bermadu, berilah nasihat pada yang mencari madu.

8) Moga Allah beri kita kekuatan..beri kita ketabahan..beri kita ilmu...kuatkan kita dengan amal....dan moga kita bahagia dengan kehidupan kita...amiiiin

10 comments:

  1. salam...
    dalam masa saya cuba menerima hakikat suami mencintai orang lain,
    dalam saya cuba untuk mengikut kemahuan suami yang ingin berkahwin lagi,
    dalam saya mencari-cari kekuatan untuk hidup yang telah berubah lantaran makin terabai,
    saya cuba, sesungguhnya cuba, usaha, didik hati didik jiwa,
    cuba untuk terima kenyataan bahawa saya bakal dimadukan,
    sedang saya mengesat mata
    sedang saya membuka hati
    sedang permohonan poligami dah ke mahkamah
    sedang menunggu step seterusnya...
    SUAMI KAHWIN SENYAP2...
    hati yang mula nak terima
    KINI TEROBEK LUKA..

    ReplyDelete
  2. Tergamam seketika bila saya membaca luahan kata saudari. Bagaimana agaknya saya menghuraikan perasaan ini..walau dalam cuba meredhai ujian Allah ..saudari masih diduga..masih diasak kemampuan emosi..Aduh ..itukah ujian mencapai syurga Allah??..Terlalu perit untuk hati mengiakan hakikat, kerana yang terjadi terlalu mencabar kemampuan nurani.

    Wahai suami, di manakah kewajaran dirimu mengemudi pelayaran hidup ini?? Mengapa kepercayaan yang diberi..dibalas dgn sikap pentingkan diri..

    Wahai saudari..syurgala buat saudari jika SABAR pilihanmu.. Menerima kenyataan bahawa hanya yang berkemampuan diuji Allah.. namun sabar bukan hanya pada kata2 kerana sesiapa shj boleh meluahkan ..sabarlah.. namun pada sabar..adanya usaha mendekati Allah..adanya tabah bhw yang terjadi ada baiknya..adanya tawakkal menerima inilah takdir Allah.

    Pedih hati saya merenung apa yang terjadi pada saudari..kecamuk hati kian bertambah bila emosi ini mendesak jawapan.. penyelesaian.. dalam hati ini merencana agendanya.. namun akhirnya datanglah akal mengatakan bahawa tiada ubat..tiada penawar ..hanya yang dapat.. Taqarrub Illallah (dekati Allah)..carilah pendamai dari apa jua yang direstu Allah..kerna di situlah kitakan perolehi jawapan.. penyelesaian.. ketenangan..kepuasan..

    Terima kasih kerana berkongsi dgn saya. Pengalaman saudari..memberi pengalaman buat saya..memberi jiwa untuk saya agar lebih memahami.. dan mendekatkan diri pada Illahi.

    Salam Ukhuwah fillah

    ReplyDelete
  3. salam again..
    maaf tumpang blog ifa lagi..
    sungguh, saya sangat penat..


    duhai suamiku
    alangkah benarnya nasihat org tua
    berfikir sebelum bertindak
    melihat sebelum melangkah
    ukur baju di badan sendiri...

    katamu itu anugerah
    katamu itu tanggungjawab
    katamu menuntut hak

    kuterima takdir bermadu
    kuterima hakikat berkongsi kasih
    kuterima hakikat masamu terbatas
    kuterima hakikat kasihmu untuknya...

    namun ia bukan tiket untuk berlaku sesuka hati
    janji2 tidak lagi ditepati
    kata2 tidak lagi untuk dipercayai
    terlalu banyak dusta
    terlalu banyak nista
    terlalu banyak luka...
    nafkah? kasih? sayang? masa? adil?

    bila nyata kau tak lagi berdaya
    mengharung badai ciptaanmu sendiri
    sesak fikiran, sesak perasaan, sesak poket..

    "min terlalu baik untuk abang, abang x sanggup terus-terusan berdosa, menyiksa kehidupan min, merenggut kebahagiaan min, melihat airmata min... abang x layak untuk min..
    maka abang akan lepaskan min..."

    ReplyDelete
  4. telah sekian lama tidak kujenguk laman ciptaanku ini.. Kiranya..di penghujung waktu bila tirai 2008 bakal berlabuh ..ingin kumulakan dengan langkah baru..

    min..setahun sudah berlalu, baru kini saya tahu..aduh mengapakah jalan kebencian Allah itu menjadi pilihan suamimu..melepaskan hak dan tanggungjawab laksana seorang pengecut..

    Ya Allah besar sungguh ujian buatmu min..moga Allah berikan ketenangan jua kekuatan bagimu ..
    Moga Allah beri sinar baru dalam kehidupan mu..percayalah bahawa apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang kekadang kita merasakan ianya buruk sebaliknya terbaik untuk kita..

    ReplyDelete
  5. mengatakan cara hidup Rasul Allah Muhammad S.A.W. kekasihNya tidak sepatutnya berlaku iaitu memadukan isterinya..11 orang ramainya? Siapa kita menyalahkan takdir Allah andai kita dipilih untuk dimadukan atau bermadu? SIAPA KITA??
    Tahukah kita bahawa Nabi tidak memadukan Khadijah. Nabi berkahwin ketika umur 25tahun dgn seorg janda. hingga Khadijah meninggal diketika umur Nabi 50 tahun baru nabi berkahwin dgn Aishah, bayangkan umur 50tahun..... baru nabi memadukan isterinya.bukannya sekaligus. dan bukannya dikala gelora nafsu sedang memuncak. penghayatan kita pada sirah nabi terlalu cetek. Allah membolehkan poligami seperti juga Allah membolehkan perceraian supaya tidak memudaratkan.

    Tp jika berpoligami menghancurkan masa depan anak2, masa depan isteri2 yg terlibat, apakah poligami itu yg diharuskan......

    bukan itu sahaja orang2 disekeliling seperti saudara mara, ibubapa semuanya terlibat secara tidak langsung.

    wALLAHUA'lam

    Sakinah

    ReplyDelete
  6. sesuatu kehandak Allah yang berlaku atas diri kita , menjadi sebuah renungan bahwa kita pun bukan milik suami kita ,,pemilik hakiki kita Allah Rabb Yang Maha kasih dan pernah pilih kasih

    ReplyDelete
  7. Benar..pemilik hakiki hanya Allah yang satu..moga kita jadikan pedoman segala kisah yg berlaku di sekeliling kita..Berdoa juga moga Allah teguhkan hati2 kita menerima apa jua ujianNya..amin

    ReplyDelete
  8. Suami saya pernah bernikah di sempadan sebelum ni dan saya telah redha menerima madu saya. Namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian setelah keluarga pihak perempuan mendesak suami saya menceraikan anak mereka. Kini, saya ingatkan hidup kembali aman. Rupa-rupanya saya dimadukan lagi, tetapi kali ini saya tidak mampu lagi untuk menerima. Saya dah tak mampu sesabar dan setabah dahulu. Sehingga hari ini, masih belum terbuka hati saya untuk berbaik dengan wanita tersebut

    ReplyDelete
  9. Jodoh ketentuan Allah waimah dgn mnggunakan sihir dan dorongan syaitan (nafsu) juga Allah izinkan. Cuma Jodoh yg bgmana kita mahukan..sudahlah tentu jodoh yg beradab dan d restui oleh semua org.

    ReplyDelete
  10. berdasarkan pemahaman saya. taqdir ada dua jenis: mubram dan muallaq. poligami ni dibawah taqdir muallaq, di mana ia boleh berubah keadaannya sesuai dengan ikhtiar kita. Tak bermakna kita patut bulat2 serah pada taqdir. wallahualam.

    ReplyDelete