Friday, September 9, 2011

Kerana kasih hamba turutkan

Terkenang kata2 sahabat saya semasa menuntut di universiti tatkala melihat sahabat kami yang bagai gila bayang dilamun cinta.  Sambil menggeleng dia berkata ‘itulah... bila cinta sudah melekat.. tahi gigi dirasakan coklat’. Entah dari mana dia mendengar ayat sebegitu ..aku sendiri tak tahu.. Cuma yang pasti aku yang mendengarnya terasa geli geleman pula. Manakan tidaknya ..membayangkan gigi yang kuning dirasakan enak... ee

Kata sahabatku menjelaskan maksudnya.. sesetengah orang kalau dah bercinta semuanya indah.. jika kita cerita apa pun semuanya baik.. hatta terang-terangan kekasih itu buaya... tetap jugak dikatakan alim. Hai itulah cinta.. pantun melayu ada menyebut;
                             
                        Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
                        Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Kalau yang kekasih itu suami ..baguslah diturutkan selagimana tidak menyalahi syari’at. Jika mahu isteri cantik.. maka wajib ditaati. Jika tak benarkan pulang beraya ke rumah mak ayah sendiri..redho (Boleh ke begitu...hahaha mahu perang besar)ha! tapi hukumnya wajib menurut ye ladies... huhuhuhu..  nak pahala congaknya begini:

Pahala  = [turuti + redho]
Tak nak pahala dan rugi semata-mata  = [turuti + protes sepanjang jalan, muncung
                                                                   sedepa]

Tapi itula suami pun namanya kasih ... sesekali baliklah ke rumah keluarga isteri dulu di hari raya pertama. Cakap dengan lembut dengan mak, “Mak... saya ni harap sangat boleh bawa anak isteri beraya rumah nenek mereka yang satu lagi.. bukan apa takut nati bila saya tua.. anak perempuan saya tak balik langsung raya pertama dengan saya sebab wajib ikut suami.” Kalau kes ada anak perempuan la..

Kalau kes takde anak perempuan buat ayat gini pula. “Mak.. saya sayang mak.. cuma tahun depan saya minta izin raya pertama di rumah mertua.. bukan apa tak nak anak2 saya nampak saya tak adil.. dan tak boleh bertolak ansur. Saya nak jadi ayah yang mereka bangga.” Aci tak ayat gitu..ke mak tak makan saman..hahahaha... Percaya lah kalau kita mahu seribu daya.. ada lah seribu jalannya.. Bila kita berbicara dengan lembut dengan hukum... pasti  akan fahamlah org tua kita... insyaAllah

Tapi bagaimana pula yang menurut kata kekasih cinta monyet .. Aduhai bahagia cuma sekejap hujung2 menyusahkan mak bapak juga.. Manakan tidak, masa lari tinggalkan rumah lupa adat lupa agama.. pedulikan mak bapak pedulikan masyarakat. Bak pantun di atas buang mak buang saudara... Bila pulang bawa perut membuncit tahu pula merayu pada yang kasih (baru tahu ibubapa tu kasih), tahu pula malu pada masyarakat..dan itu orang yang tahu malu..
                                  
Ada juga memang tak pernah malu. Kerana cinta ikutkan nafsu membuta tuli...sudahlah membuat onar memalit lumpur ke wajah ibubapa. Setelah melahirkan anak di luar nikah.. dibuang pula bayi tak berdosa itu... Itu bukan kerana kasih..tapi kerana kebodohan sendiri.  Wah! Kasar benar bunyinya.. tapi apakah label terbaik untuk diberi kepada orang sebegini selain kurang akalnya.. kerana orang yang waras..pasti berperikemanusian.

Wallahu a’lam... Maaf zahir dan batin ye

No comments:

Post a Comment