Monday, September 12, 2011

Madu dan Racun : POLIGAMI 2

Alhamdulillah bersyukur kerana dapat berkongsi ilmu dan pendapat bersama teman-teman dan pembaca. Nukilan saya kali ini adalah rentetan dari komen para pembaca untuk entri MADU DAN RACUN : POLIGAMI .. Sesungguhnya telah saya jangka tajuk ini memang pasti mendapat perhatian umum maka cuba saya kupas mengikut pemerhatian, pembacaan dan pengalaman orang2 sekeliling. Asalnya entri ini saya ingin paparkan di bahagian komen namun terlalu panjang perkongsian ilmu ini ..maka saya kira molek juga dijadikan sequel.. Pertamanya.. berkenaan riwayat hidup poligami Rasulullah s.a.w. saya bersetuju dengan Sakinah..hanya Saydatina Khadijah yang tidak dimadukan..dan kasih Nabi s.a.w. padanya tiada taranya..hingga Saydatina 'Aisyah masih cemburu walau S.Khadijah telah tiada..

Dan benar juga proses memadukan isteri Baginda bukan sekaligus.. Sejarah  mengatakan isteri Baginda ada 13 orang ramainya dan yang banyak diceritakan hanya 11 orang kerana dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama. Perkahwinan Baginda pula sesungguhnya bukan melalui dorongan nafsu.. tetapi penuh hikmah dan tujuan.

Pendapat peribadi saya, usia muda atau tua tidak menjadi ukuran bila bermulanya poligami.. kerana ukuran umur Rasulullah s.a.w bukan garisan penentu yang umatnya perlu berpoligami di usia itu. Sementelah hidup di zaman serba canggih ini yang mana pancarobanya begitu kuat..di sana sini boleh mengugat keimanan..adalah lebih baik berpoligami dari si lelaki itu terjerumus ke lembah hina.. dengan penuh ketegasan bahawa sang lelaki tidak meninggalkan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak2 yang sedia ada.

Berpoligami  pada hemat saya, tidak kira pada usia berapa pun.. sudah lumrah masyarakat kita tidak mampu menerima hakikat berpoligami..Lihat sahaja Salih Yaakob. Orangnya berkemampuan malah zahirnya tidak mengabaikan anak isteri tapi tetap kedengaran cemuhan serta bisik2 kecil yang kurang enak .. 

Bayangkan  jika kita disajikan dengan berita “Seorang tua berkahwin lagi di usia emas”…  Apakah reaksi orang ramai? Saya kira tidak akan keluar kalimah dari mana2 bibir mengatakan ..em baguslah dia berpoligami seperti rasullullah s.a.w. atau ayat2 yang memuji dia membela kaum wanita.. kerana yang pasti ayat2 sebegini yang akan digunakan…”ish dah tua2 tak ingat nak mati ke” .. “dah tua pun teringin lagi nak kahwin ke” kemudian timbul pula isunya “ala..kalau nak kawin ..kawin dengan orang muda apalagi kalau tak kerana nafsu” 

Hakikatnya masyarakat kita tiada yang betulnya bila sesiapun yang berpoligami . Ada sahaja jawapan dan keluhan kita dek kerana pengalaman dan kisah2 buruk yang sentiasa dipaparkan kepada kita maka yang berhati mulia tetap juga menerima tempias negatif yang tiada hujungnya. Hingga kadangkala permulaan poligami yang baik menjadi huru hara akhirnya angkara tindak tanduk dan hasutan orang2 sekeliling…terutama keluarga terdekat. 

Saya tidak menyokong perlunya poligami … namun menguatkan hati bahawa itu keizinan dari Ilalhi. Saya sendiri pernah menyaksikan kegagalan sebuah poligami. Sesungguhnya tiada cacat cela bila si suami memilih untuk berkahwin lagi.. dengan berat hati si isteri pertama menerima meski hatinya robek.. Berbulan lamanya dipendam dari ketahui orang barangkali menjaga nama suami dan hatinya.. namun goyah juga akhirnya lalu diceritakan pada keluarga kedua belah pihak. Apalagi kedua keluarga naik berang.. seolah mereka pula yang dimadukan. Kehidupan yang mulanya hampir tenang tiba-tiba seperti dilanda garuda. Si isteri yang tadinya redho tiba2 timbul kekuatan untuk berperang walhal pernah duduk semeja  berbicara hati ke hati. Dengan sokongan padu dari kedua pihak keluarga sama2 mengembleng tenaga sedaya upaya menghancurkan isteri kedua.. akhirnya mereka berjaya.

Ingin saya ceritakan perihal isteri kedua.. orangnya tersangat baik.. budi pekerti yang elok hasil didikan ibu ayah. Orangnya pemurah dan penuh kesabaran. Katanya lamaran diterima hanya kerana ingin menumpang kasih. Orangnya berharta malah setaraf atau mungkin melebihi suaminya itu maka soal berebut harta bukan maksudnya.  Perkahwinan terjadi sesungguhnya takdir Allah ..bukan menggoda ..hanya kerana sang suami jatuh cinta. Lamaran pula diterima penuh bersyarat berkahwin di Malaysia serta diketahui isteri pertama. Hajatnya biarlah beradat menghormati keluarganya.

Namun apalah daya bahtera perkahwinan dihancur tanpa belas.. walau diperlaku kejam namun bangkit melawan bukan pilihannya. Diserahkan pada Allah segala kepahitan hidupnya.. dilipat rapi kekecewaannya. Terlintas di fikiran saya dalam kehidupan berpoligami ini kita boleh lihat ‘siapa yang kejam berjaya dan siapa yang baik teraniaya’  

Percayakah anda isteri yang suami sentiasa bersamanya itulah isteri yang kejam. Mengapa tidak? kerana bersama dengan suami ketika bukan haknya adalah haram apatah jika dia sendiri yang sedayanya meracuni si suami.. berpura2 sakit .. mencari salah isteri yang satu lagi..jika tidak kejam bolehkah dia menang selalu.. lainlah jika sudah dinasihati pulang ke rumah isteri lain tetapi suami sendiri tidak mahu.

Bagi yang baik pula ..memang akan selalu teraniya. Tak pulang tak mengapala.. esok barangkali. Tiada nafkah tak apalah … masih boleh hidup.. maka bertepuk isteri yang kejam tadi konon padan muka si madunya itu.. jika yang kejam isteri pertama ..maka megahlah kononnya suami sayangnya lebih dan jika yang kejam itu isteri kedua ..maka puaslah merasakan isteri pertama tidak pandai menjaga suami.

Kemudian isu kedua dari segala gelora dan gelodak di jiwa maka mungkin penceraian jalan terbaik.. Sesungguhnya percerian memang dibenarkan dalam Islam..terutama jika kiranya anak isteri diabaikan … cuma sesekali jangan  kerana cemburu .. takut2 hati kita menidakkan poligami yang hakikatnya kurniaan Illahi. Na’uzubillah…

Hakikatnya poligami memang menyakitkan.. penangan poligami boleh merubah manusia sekelip mata.. Jika dulu jika suami tak beri belanja..isteri redho sanggup mengeluarkan wang sendiri atas dasar muafakat. Namun bila beristeri lagi, nafkah menjadi isu yang besar, isteri tiba2 berubah menjadi tegas mengikut hukum agama bahawa nafkah suami yang perlu keluarkan. Jika dulu tidak balik seminggu kerana outstation tidak bertelefon setiap hari bertanya di mana. Berkahwin satu lagi ..setiap detik mesti tahu mana duduknya suami… 

Barangkali ada yang mengatakan saya pejuang hidup berpoligami..hahahaha… sesungguhnya tidak.. amat berat hati wanita saya menerima hakikat itu. Nukilan ini adalah pengongsian ilmu.. saya hanya pinta kita cuba menjadi insan yang cuba memahami insan lain… jangan terpengaruh dengan cerita sebelah pihak. Jangan memutuskan hukum sebelum tahu hujung pangkalnya… itu yang terbaik…

Wallahu a’lam

1 comment:

  1. Wallahua'lam, namun di luar sana ramai yang menggunakan alasan mengikut sunnah nabi.....

    " adalah lebih baik berpoligami dari si lelaki itu terjerumus ke lembah hina.."
    tp dlm alquran juga menyatakan sekiranya berkemampuan. jika tidak mampu haruslah berpuasa kan?

    Wallahua'lam ... kami memohon keampunan Mu, Ya Allah!

    ReplyDelete