Tuesday, October 4, 2011

Hobi vs Tanggungjawab

Hobi.. semua orang ada hobi. Hobi masa lapang, hobi masa terluang dan ada juga memang fanatik dengan hobi tak kira masa dan ketika. Sejak dari kecil ..soalan hobi sering ditanya..siap ada buku autograph lengkap dari nama penuh, nama samaran, makanan minuman kegemaran, hobi, cita2 dan lain2. Antara banyak2 hobi.. tidak pernah sekali tersenarai memasak sebagai hobiku..hahahah..anak2 yang last2 kata orang ..manja sikit sebab kakak ramai..

Nak dijadikan cerita .. semasa family day keluargaku baru2 ini.. kakakku organize pop quiz 'tak kenal maka tak cinta' antara suami isteri. Antara soalannya 'apa hobi isteri? (soalan pada suamiku).. jawapan suamiku 'memasak untuk suami' Wah hebat dan mithali betul si isteri.. terbeliak jugakla mata ku..bukan kerana aku tidak suka memasak ..tetapi merasakan memasak itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu, maka ku sempurnakan mengikut kemampuan yang ada.. dan mengikut kesukaan anak2 dan suami.. Jadi penghargaan suami kubalas dengan senyuman sambil bertanya.. "Abang perli ke betul tu?" Senyuman dibalas.."Betullah" dengan tiada memek mengejek atau menyindir.. Kembang semangkuk juga kurasakan meskipun tidak la benar..

Jika dikatakan hobi.. seperti seorang sahabatku yang memang hobinya memasak.. pantang ada resepi baru maka akan dicubanya ..meski bukan makanan kegemaran tetapi dia punya kemahiran untuk memasak apa sahaja.. Sebut apa sahaja dari makanan melayu tradisional.. moden, wertern eastern.. pastinya membangkitkan selera..

Teringat pula kisahnya hal memasak ini tika menjengah laman facebook .. tika Ramadhan menjelma antara isu yang diutarakan ialah untuk memasak untuk berbuka.. Memang hangat diskusi 'Circle of Moms without maid'.. Antaranya nasihat untuk masak ala kadar.. kerana yang penting bulan Ramadhan adalah untuk beribadah.. Ada yang menambah ..katanya tak usah cerewet.. beli sahaja untuk mudah.. kerana seharian letih bekerja jangan pula makanan menjadi penyebab untuk bergaduh.. memang menarik.

Memang dapat kita bayangkan jika sesiapa yang dapat suami yang hanya ingin makan di rumah.. makan dari air tangan isteri..wah bagus betul bunyinya.. Jika isteri tidak bekerja segala urusan makan tidaklah menjadi isu.. ataupun ada pembantu.. maka segala bahan dapat di sediakan terlebih dahulu ..balik sahaja boleh terus memasak, tapi bayangkan pula jika tiada pembantu dan isteri pula bekerja.. sudahla suaminya nak makan pula cerewet.. mana nak tengok anak2 ramai .. terkejar sana terkejar sini... kadang2 solat sudah di hujung waktu. Jadi ketika itu apakah makan lebih utama dari hal ibadah yang lainnya.. Pastinya tidak..

Teringat pula satu kiriman email awal tahun yang lalu.. mengenai isu memasak ini.. al-kisahnya;

Isteri tak pandai masak vs suami tidak boleh jadi imam !


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Ms Syariffanor Hisham
Department of Computer Science
University of York
Heslington, York
United Kingdom
Dipetik dari :
http://idhamlim.blogspot.com/2010/11/isteri-tak-pandai-masak-vs-suami-tidak.html

Wah.. tadi cerita hobi sekarang cerita lain pula..dah menyimpang dri tajuk.. sang jejaka..dah mula hangat tu... baik kita ubah balik tajuk.. well itu hobi memasak.. banyak lagi hobi yang lain.. kalau isteri bukan hobinya memasak .. ada juga hobi suka mengemas .. hobinya biz.. melancong .. menjahit.. macam2 ..lelaki juga tidak kurang hobinya.. memancing.. melepak di warung kopi.. main games di facebook (aik awat yang buruk belaka hobinya ni...jangan marah ya!)

Apa yang penting dalam berhobi ini perlu beringat tentang tanggungjawab.. jika hobi itu berkaitan tanggungjawab seperti memasak itu.. maka bertambah nikmatla kehidupan suami isteri.. kerana manfaatnya. Namun jika hobi itu keluar dari tanggungjawab hingga kadang2 menyusahkan anak dan pasangan ..seperti mlepak di warung setiap malam atau pagi  maka itu punca keretakan dan hubungan yang goyah antara keluarga..

Jadi apa hobi anda?

No comments:

Post a Comment