Tuesday, September 13, 2011

Mendidik anak tugas siapa?

Sesungguhnya ilmu itu datang kepada kita melalui pelbagai cara. Zaman internet ini kita tak perlu risau ..nak tahu macam mana nk masak kari.. berlambakan laman2 web berkenaan resepi dengan pelbagai versi cara masakan.. ala kampung ala mamak ala orang malas ala orang cerewet. Nak tahu hal hukum hakam tidak perlu tergesa-gesa mencari ustaz. Buka laman web JAKIM bermacam2 soal jawab agama tertera di laman rasmi JAKIM itu.

Jika dulu nak bertukar2 pandangan dengan kawan2 .. selain telefon..hanya berutus surat. Tapi kini bermacam2 kaedah menghubungi handai taulan dari email, facebook, twitter, yahoo messenger (YM) segalanya di hujung jari kita. Antara mahu dan tidak segalanya terpulang kepada kita.

Beberapa hari yang lalu seorang sahabat tiba2 PM (Personal Message) ke yahoo messenger (YM)ku. Kami sering PM bertanyakan kabar memandang hendak berjumpa agak terlalu jauh. Yang menariknya dalam setiap perbualan kami bukan hanya berborak kosong .. kami banyak berkongsi ilmu tentang kehidupan, tentang kerjaya, tentang anak-anak, bagaimana menjadi insan yang diredhai Allah.

Dalam banyak2 perbincangan ada satu yang kurasa unik untuk dikongsi bersama pembaca .. Dari sahabatku telah kupohon persetujan untuk dimasukkan serba sedikit ‘chat’ kami untuk tatapan bersama. ‘Chat’ ku ‘copy’ dan di ‘edit’ serba sedikit supaya pembaca dapat memahami. Sesungguhnya dari perbincangan ini telah sedikit sebanyak memberiku ilmu baru, muhasabah diri yang baru, kesedaran yang baru.  Moga pembaca juga dapat manfaatnya..

Hari itu chat kami bermula dengan kerisauan membesarkan anak di zaman moden ini. Tentang tanggungjawab mendidik anak2. Sahabatku Intan *bukan nama sebenar* ternyata amat risau anak2 ketinggalan dek kerana kesibukan ibu ayah. Penuh emosi dia merasakan bebanan mendidik anak seolah hanya dia yang galas ...suaminya tidak. Sementelah anak2 punya pelbagai ragam menambah kusut di hati..

Intan: aku menangis sorg2 kenangkan anak2 tuh..
Ifa: insyaAllah tu la mak ni syurga anak2 ..pahala besar tu

Intan: sbb aku sorg je yg boleh paham anak2...
Ifa: normal je tu anak2 lasak, cuma slow2 perangai tu nk kena pupuk ...didik
Intan: daddy dia sendiri tak paham anak2 dia...
Intan: cabarn bg aku bila aku sorg yg cuba mendidik...
Ifa: faham
Ifa: bab tu syurga anak bukan ditelapak kaki bapa kan

Intan: kdg2 aku letih la ...
Intan: tp anak2 makin membesar.. aku tak boleh leka...
Intan: Along dah nak masuk 6 thn...
Ifa: emm
Ifa: insyaAllah kita wat yg terbaik
Intan: masa didik along n angah.. masa main... masa siapkan mknanan.. masa aku sdiri.. biz
Intan: uishh... letih..
Intan: see.... tgk ifa... byk betul tanggungjwb aku...
Intan: kiri kanan aku kena usaha...
Ifa: emm slow2 la intan

(tiba2 idea membuak2 keluar lalu lancar jari –jemari menaip.. hasratku untuk memujuk gundah temanku tak kusangka turut jua mengubah persepsi ku)


Ifa: biz, kerja tu bkn tgjawab kita
Ifa: itu kita yang tambah utk bg keselesaan
Ifa: tgjwb kita besarkan anak..jgn tersalah
Ifa: kerja tu tgjwb suami..yang extra kita buat dgn rela
Intan: ye betul.. tapi

(kerana risau kukatakan)

Ifa: aku kanpe xnak kita mengeluh dgn suami
Intan: tp kalau suami tak amik endah.. tak pikir masa depan aku  kena la pro aktif..

Ifa: itula salahnya kita
Ifa: aku kdg berfikir..isteri2 kdg2 mengeluh itu ini ttg suami...klu tak dulu x de la hadis ke kata terima apa sahaja suami sediakan
(teringat tentang hadis yang tak dapat aku quote betul2 berkenaan isteri yang bersyukur apa yang diberi suami)

Ifa: isteri lani over pro aktif  (peliknya aku pula mengutuk kaum sendiri)
Intan: yg tu aku tgh cuba buat... tgh cuba merelakan dan meredhakan...
Ifa: bila aktif menjadikan kita x mensyukuri suami
Intan: sbb nk hidup senang...
Intan: sbb suami pun minta duit ngan kita.. so mcm mn tuh?
Intan: hehehe
(ketawa sahabatku bukan tak ikhlas memberi..tapi bila letih balik2 semua kerja nk dibuat dan suami pula endah tak endah seperti sahabat lain mengatakan terasa tak dihargai maka pastila terasa jua)

Ifa: itula nk senang ..kita yang nak..klu kita sanggup kita x bleh bersungut...ini tarbiah utk aku jugak Intan
Ifa: bkn utk hang saja..rasanya ramai isteri2 begitu...sbb kita terlalu lama lupa
Ifa: kerja ni bkn tgjwb kita
(kerja kita membantu suami bukan hakiki tanggungjawab kita.. ada isteri suaminya mampu memberi nafkah tetapi isteri tetap mahu bekerja untuk pegang duit sendiri..tapi hujung2 merungut jugak letih itu ini.. melainkan suami tidak mampu jadi wajar isteri bekerja)

Intan: skrg ni aku mmg tgh belajar merelakan n meredhakan...
Intan: seperi kata prof dr muhaya... ‘buat baik dgn org.. walau org buat jahat ngan kita...’

Ifa: jd klu gitu hang kena pasrah klu kerja d rumah bertimbun
Intan: kerja drumah aku tak kisah sgt,,,
Intan: kerja didik anak tu tgggjwb suami...
Intan: tggjwb bapa..
Intan: mendidik.... bukan menjaga... menjaga just pastikan makan pakai minum tempat tinggal cukup...

(Otakku ligat berfikir kerana kurasa sikap salah menyalahkan ini terlalu kerap berlaku di kalangan suami isteri.. tiada penghujungnya. Bila berlaku pergaduhan ..masing2 mula mempersoalkan itu tugas siapa ini tugas siapa. Tidak kurang mula merasa pasangan tidak adil dan ambil mudah dan akhirnya pergaduhan berlaku sehingga ada yang membawa kepada perceraian.. na’uzubillah. Sememangnya hakikat mendidik anak itu seharusnya datang dari kedua ibu bapa..namun kerana fitrah lelaki dan wanita tu berbeza kurasakan tanggungjawab mendidik itu berbeza juga pada ibu dan bapa)

Ifa: tp dr dulu zaman berzaman rasanya sebenar2 didikan dtg dr Ibu intan..
Ifa: ayah membetulkan adab
Ifa: sbb tgjwb dia mencari nafkah
Intan: ermmm....
Intan: ye ker?
Intan: ibu je ker?
Intan: bukan bersama ker?
(soal teman ku bertubi2..barangkali jika duduk bersembang face to face nampakla berkerut2 dahinya berfikir.. yang dia tidak nampak wajah ku juga berkerut sana sini memikir idea menenangkan dia.)

Ifa: cuba kita fikir klu seharian mencari nafkah suami dulu xde masa mendidik..cuma kata ustaz seingat aku ..suami yg memelihara akhlak dan adab...dan punishment dr bapa
Intan: habis skrg ibu n bapa sama2 mencari nafkah..
Ifa: btul zaman skrg bila dh sama2 bekerja..jd perlulah bersama...cuma pendekatan tu jgn kita
lupa..fitrah suami ni keras
Ifa: fitrah lelaki xsesuai mendidik macam kita lembut .. 
(tergelak2 dalam hati ..rupanya sahabatku juga ketawa sendiri..lembut ke? Rasanya macam singa lapar je kat rumah..hahahahha)

(masih kurang yakin dengan idea aku yang jarang2 didengari itu ...sahabatku bertanya lagi)

Intan: bukan ke mendidik juga tggjwb bersama?
Ifa: org smua kerja jd mmg kena bersama tp tgk fitrah jugak intan
Intan: astaghfirullahalazimmm....
Intan: owwhhh.... kalu begitu selama ini aku telah tersalah tafsir..
Intan: kena betulkan persepsi diri ...
Ifa: itulah kita dh terlalu lama tergelam dalam dunia kerja..jd kita merasakan kita punya hak dan fitrah yang sama 
(Terngiang-ngiang kata-kataku sendiri di telingaku dan aku turut sama menginsafi diri takut2 dalam melayari kehidupan sebagai isteri ada ketika tanpa disedari meminta2 sesuatu berlebih-lebihan pada suami)

Alhamdulillah lepas berbicara dengan temanku masing2 menarik nafas lega.. benar kata orang tiada maslah yang tiada penyelesaiannya. Kadangkala dengan hanya menukar cara kita berfikir menyebabkan masalah yang tadinya bagai membunuh perasaan hilang sekelip mata.

Perbincangan dan kata-kataku ini tidak semestinya betul 100%.. tapi setakat itu kemampuan diri berfikir melalui pembacaan dan mendengar di majlis ilmu. Barangkali ada di kalangan kita yang tugas mendidik adalah suami ..kerana ada suami lembut sifatnya ..bukan aww ye

Mendidik ini jika kita fahami maksudnya “bukan sekadar mengajarkan ilmu secara konvensional tetapi lebih penting menjelmakan watak murabbi yang mampu menyemai nilai adab (ta'dib) dan menjelmakan akhlak mulia untuk diteladani” Dr Asyraf Wajdi Dusuki (sumber dipetik Utusan 2006)

Tugas mendidik pula bukanlah semata tugas si ibu malah keduanya. Proses mendidik pula boleh berlaku secara indirect dan direct. Cuma yang saya ketengahkan bersama teman saya adalah proses mendidik secara direct yang mana masa anak2 lebih bersama si ibu. Bermula sejak dalam kandungan, selepas dilahirkan ..segala hal urusan anak2 lebih 90% disediakan oleh si ibu maka ibulah yang paling penting menitikberatkan hal mendidik ini. Dengan penuh ketegasan juga bahawa si bapa tidak langsung mengabaikan tanggunjawab ini .. kerana bapa lah nakhoda bahtera melayari lautan bergelora ini... wah wah

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment