Tuesday, November 22, 2011

My Birthday

21st November 2011

It's my birthday yesterday.. gembira? suka?kecewa? atau risau.. Gembira kerana sebagai pelanggan Celcom I dapat 7days free sms and call ke semua number XPAX yang I register 8pax. Sebab ada 2 handphones Celcom maka satu lagi dapat free to 15pax ..wow! jenuh call ni.. bercakap sampai kembang telinga dek kehangatan hp .. alhamdulillah abang kakak semua jenis bersembang boleh tahan ..so tak rugilah dapat free..

Suka pula ..emm kerana apa.. suka kerana ramai yang wish.. bermakna ingatan ada buat diri ini.. tidak perlu hadiah segala.. ucapan ringkas sudah memadai.. tapi kalau ada hadiah syok juga.. hahaha..kalah anak2 gembiranya si ibu ni..

Kecewa? emm tiada.. kerana tanpa ucapan bukan juga tanda kita tidak diingati.. cuma kita barangkali agak dilupakan.. sedih juga tu.. mengapa? perlu lihat dalam diri.. apakah kita sering ingat pada insan lain? Bagaimana untuk tahu kita mengingati insan lain ..tidak lain dari menzahirkan. Cukupkah ku menzahirkan pada insan lain ingatan ku pada mereka??? melalui telefon, email, sapaan ..ucapan...

Risau? Ya..risau juga.. datangnya birthday bermakna bertambah lah umur.. memang tidak terasa umur kian meningkat.. tiba2 anak2 sudah membesar ..esok2 sibuk pula nak masuk universiti... pejam celik berkahwin beranak pinak.. cuma masih wujudkah diri ini kala itu.. untuk menyaksikan anak2 membina kehidupan..

Ya Allah perjalanan ini seolah nampak begitu jauh ke hadapan ... namun hakikatnya terlalu sekejap untuk kukecapi.. Jadikanlah tiap detik yang kulalui di bumiMu ini bermakna walau sesaat cuma.. Moga hadirku di mana jua memberi manfaat walau sekelumit cuma..

2 comments:

  1. Salam sahabatku... ampun maap ku terlupaan hari bersejarahmu... masa tu tgh sibuk ngan kem... sori sesangat... pepun aku ucapkan happy belated birthday.. semoga segala perancanganmu sukses dan semoga dirimu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah selalu... AMin...
    -NM-

    ReplyDelete
  2. salam ....

    heeeee....n pun mungkin org terakhir wish.Anyway, hpy belated birthday.n suka bc coretan k.tie...best sbb dpt restkan minda. Doa n semoga k.tie terus success.walaupun kita x dpt bjumpa, i miss u so much.suka tgk muka yg suci murni tu...tulus ikhlas wakaka...wslm dr deq na.

    ReplyDelete