Thursday, November 24, 2011

Dilemma Cuti Sekolah

Yea yea! ..esok cuti .. anakku yang sulung kegembiraan kerana musim cuti persekolahan bermula.. begitu juga si adik turut kegembiraan .. kerana merasakan cuti itu bermakna akan pergi berjalan-jalan (makan angin). Tiba hari isnin yang lalu 21hb .. kukejutkan anak sulungku seperti biasa.. "bangun abang solat subuh... cepat nak mandi nati ibu lambat" Anakku bangun ..cuma terpinga2 .."aik abang kan cuti ibu?"

Tiba pula giliran adiknya.. "cepat bangun nak.. nati bapak lambat" "Kita nak gi mana ibu? soal anak keduaku yang memang kaki berjalan.. "Gi jalan ke taska" Irama muzik mula berkumandang.. pening kepala meminta anakku berhenti menangis.. sepanjang mandi dan pakai baju.. tidak juga lagunya terhenti.. akhirnya terpaksalah kutawarkan untuk membeli biskut boboy boy untuknya.. diamlah seketika.. namun bila melihat abangnya bersiap untuk mengikut ku ke ofis.. lagunya bermula kembali.. jeles kerana abangnya dapat ikut ke ofis ku

Alhamdulillah bersyukur kerana ofisku ini tidaklah terlalu strict.. masih boleh membawa anak jika tiada yang menjaga. Namun aku sendiri tidak gemar jika perlu membawa anak2 .. Meskipun tidaklah mengganggu tugasku.. namun tidak elok rasanya membawa anak2 kerana sedikit sebanyak pasti akan menggunakan kemudahan yang ada yang bukan diperuntukkan untuk mereka..

Namun apa juga pilihan yang ada bagi kebanyakan dari kita. Tinggal diperantauan ini tiada sanak saudara yang terdekat. Nak menggaji bibik.. dengar sahaja cerita temanku yang bibiknya lari walau baru bekerja sebulan..kecut pula hatiku..takut anakku pula yang dilarikan..ataupun ditinggalkan begitu sahaja di rumah tika aku bekerja.. Mahu tinggalkan anak di kampung .. aku pula anak yatim piatu.. keluarga suami pula jauh nun di seberang laut di Borneo.. oo memang dilemma..

Sebelum ini tinggal di rumah lama ku.. hantar sahaja anak ke nurseri tiada apa2 masalah ..kini di tempat baru tidak banyak pula pilihan tempat untuk menghantar anak2.. jika mahu terpaksa keluar jauh untuk menghantar anak2 .. namun jika sekadar menghantar anak2 musim cuti sekolah ada nurseri yang tidak mahu.. Mahu tidak mahu .. terpaksa lah ku bawa dulu anak ke ofis.. dengan hati yang berat ..dengan harapan bulan hadapan ada anak saudaraku dari kampung yang sanggup datang menjaga anak2.. 

Jika diikutkan hati .. memang tidak mahu menyusahkan sesiapa.. biarlah susah senang diri sendiri yang tanggung.. Seorang teman bertanya bukankah sekarang anak2 dihantar ke nurseri.. bukankah nurseri tidak pernah tutup. Memang benar.. tetapi nurseri kampung.. almaklum ramai yang menghantar anak, rata2 parent nya guru2 atau yang ibu2nya tidak bekerja.. apabila ramai tidak menghantar anak ..pihak nurseri merasa rugi untuk menjaga sekadar 4,5 orang budak kerana gaji tetap perlu dibayar pada pengasuh.. jadi kitalah mangsa keadaannya .. nak hantar susah ..tak hantar anak kita lagi susah.. huhuhu... dalam dilemma sungguh cuti sekolah ni...

Tolong tolong siapa bleh tolong.. hahahaha..

No comments:

Post a Comment