Friday, November 11, 2011

Perantau di Kota

Seperti biasa sebagai perantau di kota Kuala Lumpur ini.. kesempatan pulang berhari raya ke kampung halaman tidak kulepaskan. Tapi yang peritnya jem giler... jem tu yang giler ..orang yang bawak tu stabil. Berhemah di jalan raya la katakan..

Tapi memang ada juga pemandu yang sama naik gilernya dengan jem itu.. Buktinya tak kira laluan kecemasan pun dihentamnya juga.. Tak tahulah apa yang cemas.. Bukan satu dua kereta.. macam berkonvoi pula lagaknya.. yang seronoknya tu.. laju bukan main.. macam konvoi kerana urusan keselamatan negara.. tup2 di hujung jalan .. terdampar mat motor kena hentam.. kereta mana yang hentam? YANG KONVOI TADI ITU LAH.. alhamdulillah terdampar tak meninggal .. tapi peritnya terkoyak isi kulit ..isi daging.. tak apa la bukan aku yang kena ... sikap dan sifat tipikal kebayakan orang Malaysia.. betul2 memalukan..(kejadian 7/11/11 -area highway Ipoh - KL)

Teringat kata pakar motivasi 'berfikiran positif' atau bahasa arabnya 'husnu zan' berbaik sangka. Apabila melihat ada pemandu bawa kereta laju.. katanya biarlah kalau orang nak laju ..bagi je jalan..barangkali memang betul ada hal emergency... Untuk apa kita marah2.. padahnya merosakkan mood gembira kita untuk pulang berhari raya.

Tapi bukan mudah juga melihat sesuatu dengan sebegitu cool... biarlah...biarlah... tup2 tengah2 jalan seorang pakcik tua tergolek di hentam kereta langgar lari ... penuh berlumuran darah.. Ayah siapala itu.. (kejadian pada hari Sabtu 5/11/11 - area Ijok atau Kuala Selangor) Sedih... esoknya hari raya ... pasti meratap keluarga mangsa.. siapa si durjana? Bolehkah tenang nak berhari raya? Jika si durjana on the way pulang ke kampung ..agaknya hebat sangat perayaan di kampungnya itu sampai tak kisah siapa yang mati .. aku redah aje asal sampai ke kampung. Hilang seketika ketenangan dan kegembiraan kita.. Ingatkan Aidiladha korban lembu kambing sahaja..orang pun turut dikorbankan.. huhuhu..

Berhati2 di jalanraya .. renung2kan lah

No comments:

Post a Comment