Wednesday, November 2, 2011

Marahkan anak tangan-tangankan..

24 Oktober 2011

Tiada apa yang paling indah dalam kehidupan berumahtangga.. selain dianugerahi anak2 sebagai penyambung warisan, sumber kegembiraan dan penawar bagi segala kedukaan.. Sesungguhnya amat beruntung bagi kita yang mempunyai anak2..dapat menumpang kasih..dapat juga menabur budi..

Bagi pasangan yang tidak dikurniakan anak2.. pasti terasa kekurangannya.. namun berpeganglah bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan Illahi.. yang mana datangnya tiap2 ujian itu tidak sama dari seorang ke seorang yang lain...

Dalam kasihnya pada anak.. haruslah pula berpada2.. jangan sampai terjadi seperti "Anakku Sazali' menurut segala kata anak tanpa terlebih dulu menimbang buruk baiknya. Tidak juga kita menyekat segala kebebasan .. dikekang segala perlakuan hingga terkongkong pula si anak.. yang akhirnya mencetuskan pemberontakan yang padahnya kita juga yang merasa..

Sekasih mana kita pada anak.. sesabar mana kita pada kerenah anak2 sendiri.. tidak pula sama kasihnya orang lain pada anak2 kita.. kerana terlahirnya anak2 adalah dengan segala kesusahan.. dengan titisan airmata si ibu..dengan laungan kesyukuran dan kesyahduan azan dan iqamah si bapa.. jadi mana mungkin orang lain bisa memahami anak2 sebagaimana ibu bapanya sendiri.. atau mungkinkah?

Hakikatnya marah ibu dan bapa pada anak sendiri kerana kasihnya itu .. kerana ingin membentuk anak2 menjadi yang terbaik.. jika terlebih marahnya .. tersilap ajarannya kesal hatinya kerana kasihnya itu... Apakah sama marahnya orang pada anak kita ..kerana kasih? kerana mendidik atau kerana sememangnya marah.. Apakah bila mereka sering memarahi anak kita .. mereka akan kesali kerana kasih ..atau kesali kerana tidak amanah bila menerima tanggungjawab atau mereka tidak kesali apa2..

Barangkali kerana orang lain yang memarahi anak sendiri.. maka teramatlah tersentuh rasa di hati. Bagi diriku .. jika kemarahan itu kerana ingin mendidik ..amat2 lah dialu2kan.. kerana tiada kemampuan untuk diri ibu bapa memantau anak2 24jam ..maka peranan itu perlu diberikan pada orang lain juga dengan kadar yang berpatutan sehingga tidaklah memudaratkan..

Sama-sama kita renungkan.. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment