Thursday, November 3, 2011

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

1 November 2011

Hari ni rasa nak bercerita tentang satu kegemaranku yang terbina sejak aku kecil lagi iaitu bisnes.. Berniaga dalam kamus hidupku bermula saat aku mula pandai mengayuh mesin membuat keropok ibuku..Sejak bila berniaga menjadi tradisi keluargaku.. aku tidak tahu.. cuma yang pasti ibu memang minat berniaga.. barangkali mengisi masa lapangnya setelah impiannya menjadi guru dibenamkan semata2 ingin mendidik kami.. Besar sungguh pengorbanan ibu walau ibu antara pelajar cemerlang ketika di sekolah Inggeris.

Sesungguhnya arwah ibuku adalah idolaku dalam mengendalikan perniagaan.. walau tidaklah berkembang sehingga ke pelusuk alam biznesnya ini ..namun sikapnya semasa berniaga itu yang kukagumi.. Sesungguhnya ibuku bila beniaga.. berniaga sesungguh hatinya .. memberikan yang terbaik kepada pelanggannya tidak kira susah atau senang.. Sikap pemurahnya juga terserlah bila berniaga bukan semata2 mengaut keuntungan.
Bisnes ibuku biasa sahaja mejual keropok bawang dan batang buruk.. dari mula hingga ke akhir hayat, rasa keropok dan kuih batang buruknya serupa sahaja enaknya tidak kira harga bawang naik .. harga kacang naik .. harga jualannya pula dikawal penuh prihatin kerana menjaga pelanggan yang ada.. Resepi untuk membuatnya minta sahaja dari ibu .. diberikan tanpa ada halangan.. tiada dalam diarinya 'secret recipe'.. kerana ilmu itu makin dikongsi bukan juga meluakkan ilmu kita malah memantapkan diri kita.. Dari segi persaingan ibu tak pernah gusar.. biarlah ramai berniaga keropok hasil ajarannya hatta dijual ditempat sama.. ibu tidak pernah melatah.. katanya rezeki masing2..

Nilai2 ini kurasakan telah banyak hilang pada kebanyakan peniaga sekarang.. semasa mula promosi..bukan main sedap .. bila makin maju mula lah itu ini kurang.. konon harga naik .. minyak naik..Apa yang peniaga2 ini tidak sedar dalam keghairahan mengaut keuntungan mereka lupa pelanggan mereka mulai menyusut. Percaya lah bab makanan ini biarlah harganya naik sedikit.. walau pelanggan akan bising sedikit..tetapi jika kualitinya masih sama.. mereka akan cari walau berada nun di ceruk dunia.. kerana akhirnya pelanggan akan faham juga..sememangnya harga barang naik..

Begitu halnya ibuku ..apa yang dijualnya sama seperti yang dimasaknya di rumah.. contohnya kuih seri muka .. sama lazatnya tiada kurang tiada lebih.. mungkin kerana itu meskipun tidaklah sekaya mana keluargaku .. tapi kami bahagia dan serba sempurna dengan adanya.. Yang penting kata ibu.. jangan meminta2.. usaha walau sekecil mana insyaAllah ada ganjarannya..

Dan kerana falsafah ibu yang jitu itu ..maka aku turut megorak langkah yang sama.. meski sudah punya pendapatan tetap .. jiwa berniaga sukar ku kikis..ada sahaja bisnes yang ceburi dari MLM.. jualan sambilan dari segi pakaian, makanan, aksesori wanita.. ejen takaful .. terkebil2 mata suami tiap kali kuutarakan minatku padanya.. katanya jangan sampai mengganggu tugas hakiki.. InsyaAllah ..tugas hakiki adalah amanah.. maka apapun kulakukan tugas itu adalah yang utama..

2 November 2011

Dalam banyak2 penglibatanku di arena bisnes ini..yang paling aku gemari ialah menjadi ejen jualan Tupperware.. (bukan nak promosi tau ..hahahaha.. tapi kalau ada nak order apa salahnya..Jangan marah!) Bermula dengan menjadi pengguna akhirnya dek kerana minat berbisnes..ku war2kan pada keluarga terdekat.. dan semestinya sahabat2 yang ada.. alhamdulillah rezekiku bertambah .. tidak susah juga kerana produk Tupperware memang telah lama bertapak di Malaysia dan digemari ramai..letak sahaja di meja..ramai yang teruja.. 'Anda teruja..Saya pun sama' hahhaha.. begitulah ceritanya..

Keduanya.. bisnes Takaful MAA..(Sebut MAA ramai yang ingat insurance kereta dan motor) .. bidang ini ternyata masih baru. Tujuan ku menceburi bidang ini bukanlah kerana keuntungan semata2.. meskipun sememang namanya bisnes siapa yang tak mahu untung.. Memikirkan yang keuntungannya untuk orang ramai sangat besar maka ku fikir apa salahnya kuwar2kan pada semua.. namun Takaful ini tidak semudah Tupperware.. susah untuk meyakinkan orang ..terutama Melayu.. Bagiku orang Melayu agak sukar bila kita mula berbicara tentang insurance, tentang perlindungan.. Sebut sahaja takaful..orang mula menjauh..takut2 dipaksa ambil polisi.. belum bercerita apa kebaikan .. terus menolak.. Sikap ini amat jauh berbeza dari segi keterbukaannya dengan kaum lain terutama kaum Cina...

Bagi diriku apa yang menjadi masalah kaum kita Melayu adalah kurangnya ilmu..  kerana kurangnya ilmu kita dalam hal ini.. ramai yang takut tak tahu punca (kata orang utara).. Yang paling menarik ialah .. bila diutarakan hal takaful bukan kelebihan untuk mereka yang menjadi topik.. tetapi berapa komisyen yang ejen perolehi..

Antara product takaful yang kurasa wajib diambil oleh semua orang ialah 'medical card'.. Untuk mengambil 'medical card' ini tidak semestinya kita merasa perlu sakit untuk menikmati sumbangan kita itu.. kerana ramai kononnya merasa rugi kerana sumbangan tidak digunakan.. Apa yang kita tidak perasan ialah konsep takaful ini ialah derma beramai2 ke dalam satu tabung.. tujuannya ialah sesiapa yang terlibat dulu dalam musibah .. maka orang itu akan menggunakan dulu wang sumbangan ahli2.. Bayangkan betapa banyak pahala kita hasil derma kita itu untuk pesakit2 yang sama2 mengambil medical card. Alhamdulillah jika kita tidak sakit ..pahala pun dapat.. dan jika kita sakit tidak pula kita meminta2.. kerana telah ada langkah awal yang bijak..

Untuk maklumat lanjut anda boleh bertanya.. atau komenlah apa yang patut... InsyaAllah saya sedia menerimanya... Salam Aidil Adha tidak lama lagi.. Maaf zahir batin..

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment