Thursday, October 20, 2011

Petua menambat hati suami

19 Oktober 2011

Ketika agak keletihan mengadap kerja2 ofis..sesekali lincah juga tangan ku ini melayari internet yang ternyata sumber ilmu yang paling mesra pengguna. Tekan aje nak tahu apa..semua maklumat ada.. dari kitab2 lama yang tak pernah ku baca hingga la ke buku2 yang terlaris di pasaran..semuanya di hujung jari. Antara mahu tahu dengan tidak sahaja .. terpulang kepada kita...

Jika dulu kalau nak tahu bab hukum contohnya ...jenuhla mencari ustaz di sana sini... tapi sekarang taip aje hukum apa..siap dengan dalil dan kupasannya ..yang lama yang kotemporari.. hadis dhaif hadis shahih... Nak tahu tentang masakan nak menarik hati suami ...semuanya ada.. bermacam2 blog boleh dilayari .. masakan western .. asian food.. mediterranean food.. taip aje.. berlambakan disajikan..sampai tak menang tangan nak dicuba..

Hari ini.. tiba2 terasa ingin mencari tip2 untuk menambat hati suami.. bukan sebab sedang bergaduh dengan suami ..hahahaha.. atau sebab ada 'udang sebalik batu'.. sekadar ingin mendapat pahala extra.. kerana setelah seharian bekerja kadang2 kita tenggelam dalam rutin kehidupan.. kadang2 tidak sempat mengurus hal hati dan perasaan.

Bagi suami memang bak kata Dr Fadzilah Kamsah "Lelaki mulut di hati, Wanita hati di mulut".. ya betul... maka memang sukar nak berbicara hati ke hati.. Kalau ditanya..ayang sayang anje?" (romantik skit la kan ...sapa nak tukar ling pun bleh juga).. maka jawapan suami .."oo.. sayang" Sayang aje jawapan suami... masa marah pun dia ckp sayang .. masa menyampah pun sayang jugak.. jadi memang sukar meramal apa yang sebenar dirasakannya.

Cuba tanya isteri... " anje sayang ayang?" masa tu baru dapat rantai 3k.. "SAYAAAAANG' dengan ceria dengan sepenuh ekspressi wajah.. cuba tanya masa marah.. pasti di jawab "MENYAMMMMPAH" .. xde tapis2..sebab itulah hatinya... tapi senangkan sebab tahu isteri marah.. kalau tak tahu tengah marahkan susah.. maka disinilah perlunya extra effort nak menambat hati suami.. walau suami ini kebanyakan jenis yang tak simpan di hati (sebab tu suami2 'fail' bab2 mengingat kronologi cerita2 lampau. hahahahaa) tapi manalah tahu penah suatu ketika suami2 makan dalam... tersentuh sgt hatinya dengan sikap isteri..jadi nak bagi suami lupa kisah yang tak best tak best tu... (suami tak ingat sgt pun).. ini lah perlunya tip2 terbaik (Boboy boy- dah jadi macam anak pulak minat kartun) ..

20 Oktober 2011

Tips yang ku nukilkan ini.. tercetus dari sekian banyaknya tip2 yang ku baca selama menjadi isteri.. dari buku dari internet dari pengalaman teman2.. pengalaman sendiri... tidak ada blog khusus yang hendak ku kreditkan penulisannya.. tiada penulis dan pencetus idea untuk ku panjangkan sanad ini.. hanya pada Allah ku mohon andai ini idea sesiapa.. maka ganjaran pahala untuknya.. moga kita sama2 beroleh manfaat dan kebaikan..

TIPS / PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

1) Kenal dan tahu SIAPA ITU SUAMI kunci utama
Pertama2 sebelum kita isteri2 nak pakai tips atau petua apapun .. kena tahu siapa itu suami.. Apa peranan suami.. apa HAK suami.. faham yang ini semua baru berkesan segala petua yang ada.. kalau tak faham asas..tak perlu pakai petua apa... kosmetik je tu... bila malam kita tanggal abis.. sebab itu di ofis baik macam malaikat ...balik rumah sesetengah isteri macam *** (tak nak sebut... napa la nak kutuk kaum sendiri ni ..huhuhuhu)

2) Tahu siapa diri sendiri sebagai ISTERI
Keduanya pastilah isteri itu sendiri tahu siapa dirinya ... kedudukannya dengan suami .. apa juga peranannya dalam memenuhi HAK SUAMI.. walau secara teknikal pendidikannya barangkali isteri lebih tinggi dari suami atau fikirannya lebih kritis dari suami ... pengurusan budgetnya.. sahsiah atau kerohaniannya lebih mantap dari suami atau  dan atau apapun jua... TAHU tugas isteri dicipta Allah untuk apa... (huhuhu... terluka la hati kaum sejenisku kena tarbiah ni)

2) Menghormati suami
Jika kita hormatkan seseorang contohnya bos kita.. kalau bos lalu pun ..tengah2 tgk tenet kita tutup.. kalau tiba2 bos suruh ambil fail terus kita lakukan tanpa bersungut.. jadi dengan insan tersayang ...begitulah juga...  Mengapa kita sering melampiaskan marah kita pada suami sedang itulah insan yang paling kita sayang.. kenapa suami salah sedikit isteri2 suka mengungkit.. suka bergaduh... sedang itulah orang yang akan menangis bila kita sakit..

3) Menilai sifat dan sikap sebenar suami
Dah tahu segala peranan .. hak dan segala bagai... barulah kita boleh berbicara tentang kosmetik ini... apapun juga perlu kita ingat tip2 menambat hati suami pastilah berbeza mengikut sikap dan sifat suami sendiri.. jangan kita hentam menggunapakai tips orang lain meskipun banyak di internet sehingga lupa menilai situasi dan keadaan sebenar.

2) Mengetahui kesukaan / kecenderungan suami
Ketahui kesukaan suami pasti tips terbaik untuk menambat hatinya. Contoh tip yang paling mudah dan yang sememang kebanyakan lelaki senang dilunakkan hatinya ialah melalui masakan... jika kita ingin mencuba tip ini ..pastikan usaha itu berterusan. Barangkali masakan kita tidak sesedap mana.. tapi jika kita buat dengan hati gembira.. sentiasa pula ada pembaharuan rasa untuk mencapai rasa sesedap kedai mamak.. pastinya suami akan gembira.. suami akan bertambah teruja jika sebelum ini isteri kurang memasak

3) Mengetahui kemampuan kita
Kita perlu tahu sejauhmana kemampuan kita bila menerima apa2 tips.. supaya yang kita lakukan benar2 memberi kepuasan buat kita dan suami.. Contoh; suami suka bergurau senda.. kita pula pendiam orangnya.. jangan pula tiba2 cuba berjenaka.. takut tak menjadi.. pelik pula dipandangan suami..'apa kena isteri aku ni .. lain macam pula hari ni'.. meskipun bagus mencuba... carilah dulu kaedah lain yang lebih sesuai dengan sifat kita.. Contoh lain suami suka mendaki gunung.. kita pula suka semput ...jangan pula ingin menambat hatinya kita ikutkan juga mendaki ..last2 semput di tengah2 gunung ..kang bukan hati tertambat...hati meluat pulak jadinya

4) Mencuba sesuatu di luar kebiasaan kita
Sesungguhnya hidup kadangkala perlukan kejutan.. kerana jika ombak tidak pernah bergelora pasti kita terlalu lena di ulit mimpi. Barangkali mimpi itu indah buat kita tetapi tidak untuk pasangan. Bak kata .. 'syok sendiri'.. Jadi katakan, selama hidup sebagai isteri kita tak pernah salam dan cium tangan suami ketika pergi kerja. Lakukanlah.. atau selama ini sudah bersalam dan cium tangan.. cubalah peluk2 mesra pula sedikit. Mula2 memang kekok.. tapi percayalah suami sangat gembira..

4) Memenuhi keinginan suami
Yang satu ini memang tidak perlu dinafikan... itu adalah antara peranan yang tidak boleh dipandang enteng oleh isteri2.... Keinginan dalam bentuk fizikal ini adalah kurniaan Illahi khusus bagi suami isteri yang sah diijab kabulkan.. bukan sekadar tanggungjawab tapi antara petua yang paling berkesan untuk menambat hati suami .. suami lebih gembira dengan bahasa tubuh dari bahasa mulut... (Macam racun agaknya kalau isteri bercakap..hahahaha)

Ok lah rasanya itu lah dulu petua2 yang terlintas di fikiran..kalau2 terjumpa petua2 yang menarik lagi... insyaAllah saya akan updatekan kemudian...Jika anda ingin memberikan pandangan..silalah..

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment