Wednesday, October 12, 2011

Time-based promotion vs Life-based promotion

Hampir seminggu tidak berceloteh di blog ini terasa rindu juga.. lalu terfikir2 pula apa benda yang nak dicelotehkan.. terasa tepu seketika minda dek kerana terlalu banyak urusan kebelakangan ini. Berkebetulan baru2 ini isu budget semakin hangat diperkatakan.. elok juga dihangatkan sedikit blog ini dengan pendapat2 masyarakat sekeliling.

Dua hari lepas kuterima kiriman email berbentuk dialog lawak jenaka yang amat melucukan.. idea timbul gara2 kadar umur persaraan dilanjutkan..InsyaAllah jika terluang saya akan uploadkan lawak jenaka itu kemudian. Hakikatnya kalau cikgu dan pensyarah barangkali amat banyak manfaatnya ..jika bekerja sehingga lanjut usia kerana makin kita belajar dan mengajar semakin bertambah la ilmu kita untuk dikongsi bersama.. guru2 yang berumur juga lembut hatinya.. lunak katanya2 amat berguna mendidik membentuk anak2 kita zaman ini.

Ditambah dengan ganjaran lumayan berupa kenaikan secara time-based maka terbayang2 bersemangatnya guru2 mengajar anak2 watan. Jika terasa nak mengeluh ko-kurikulum banyak dan sebagainya barangkali sudah tidak terasa kerana ganjaran yang diperoleh sememangnya amat hebat...

Bayangkan pula umur 55-60 untuk mereka yang bekerja di bahagian service dan teknikal.. Sudahla umur 40 tahun dah disahkan penyakit macam2...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, mana lagi.. mata rabun,  sakit lutut sakit belakang.. kerjanya pula melayan di kaunter... dengan tangan yang hampir terketar2 ditambah pula bilik yang berhawa dingin hingga dua lutut boleh berlaga.. tidak pasti bagaimana kecemerlangan kerja dapat dicapai dengan jayanya..

Ditambah pula dengan kenaikan secara life-based juga amat2 tidak memotivasi kerja... apakan tidak..  sudah berumur 60 tahun dari muda sampai tua tidak pernah merasa naik pangkat.. dek kerana kenaikan berdasarkan pencen si ketua ataupun ketuanya 'sadaqallah al-'azim'. Maka apa sahaja kecemerlangan dicapai  dan bakti dicurah..dia hanya ditakuk itu sahaja.. menunggu2 kenaikan yang  hanya RM60-RM90 setahun itu sehinggalah tangga gaji itu mati dengan sendirinya..

Bila masih muda belia..memang ramai merasakan tidak kisah ... tetapi bagi yang sudah berumahtangga, tanggungan semakin ramai.. perbelanjaan semakin tinggi dengan kos pendidikan dan perubatan yang sememangnya kita tidak dapat lari semakin membebani ..maka pastilah terkesan juga..

Namun walau dalam apa keadaan sekalipun sebagai hamba Allah kita haruslah bersyukur dengan nikmat yang ada.. melakukan kerja sebaik mungkin sebagai yang diamanahkan. Jika kita tidak mampu bertoleransi pula ..maka gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.. InsyaAllah bukan saja kita mendapat berkat dengan kesabaran.. barangkali kebaikan itu akan diganti dengan kebaikan yang lain pula... amin

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment