Wednesday, October 5, 2011

Ayam masak kicap

Malam tadi buntu memikirkan ingin masak apa untuk anak.. kadangkala mencuba makan yang baru, langsung tidak dijamah.. hujung2 ibu dan bapa la yang makan.. Kalau nak buat perubahan mesti kena adjust skit fikiran anak2.. menyamakan makanan baru dengan sesuatu yang mereka pernah makan atau minum.. cth nak beri makan tau fu fa.. perlu sebut sedap ..rasa macam susu soya letak gula. Baru mereka akan berani merasa.. kalau sedap makanan baru terus lupa nk beri sedikit pada ibu.. hahaha

Paling mudah memasak makanan yang anak2 suka..hidang saja.. pasti tak sabar hendak makan.. dan yang seronok bila melihat anak berselera. Antara kegemaran anak2 ialah Ayam masak kicap, bukan anak sahaja malah suami turut gemar dengan menu yang satu ini.. dan jika ditanya ..inilah makanan kegemarannya. Untuk memeriahkan blog ini ..rasanya elok juga dihiasi dengan resepi2 masakan saya..walaupun simple2 almaklum tidak arif bab masakan tapi boleh juga berkongsi mana tahu ada penambahbaikan dari para pembaca.. cuma satu yang saya ingin nyatakan bila memasak saya jarang ada sukatan tertentu.. cuma agakan mengikut budi bicara ..

   

Bahan2

Bawang besar           1 labu               Dikisar atau ditumbuk (lagi banyak lagi sedap)
Bawang putih            3-4 ulas             sda
Halia                           2-3 in.              sda
Ayam                           ½ ekor (potongan free style)
Garam                         secukupnya
Air                                mengikut kadar ayam
Kentang                      2biji (optional) potong 4 atau 8
Sos lada hitam          
Kicap pekat manis     
Minyak

CARA MEMASAK
1)      Tumis bahan kisar dengan amaun minyak yang berpatutan.
    Goreng hingga kekuning2an
2)      Masukkan ayam dan gaul biar sebati dengan minyak
3)      Masukkan air (pastikan tidak terlalu banyak kerana ayam mengeluarkan air)
4)      Masukkan kentang dan garam (api perlahan)
5)      Selang 5-10 minit masukkan kicap dan gaul
6)      Setelah agak empuk masukkan sos lada hitam atau jika tiada sos,
    lada hitam yang telah dikisar atau ditumbuk pun boleh juga
    (api kuatkan sedikit)
7)      Setelah benar2 empuk, (jangan biar terlalu kering) tutup api dan siap
    dihidang.



Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment