Tuesday, October 18, 2011

Anak dan Exam vs Guru dan Mendidik

17 Oktober 2011

Minggu ini anak sulungku akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan dan juga sekolah KAFA. Serentak! bagai tak percaya.. mengalahkan UPSR .. tapi anakku relax sahaja .. bangun pagi seperti biasa.. main ..makan seperti biasa.. cuma ibunya yang berdebar2.. kalut tak kena tempat.. hahahahaha.. macam ibunya yang nak ambil exam.

Pagi2 ini dah ribut .. siap bekalkan anak dengan nasihat2 dan tips2 berguna.. serta doa2 penerang hati. Dalam hati biarla anak dapat menjawab soalan dengan baik.. dijawab dengan bersungguh dan tertib. Apapun keputusannya nati akan ku terima kerana bagiku anak masih terlalu muda untuk diasak berjuang sedang dirinya masih cuba mengenal2 warna kehidupan.

Itu kataku..tapi tidak pada sistem persekolahan yang ada.. Siapa pandai kelas A.. siapa kurang kelas C ..D. Guru2 pula begitulah mentalitinya.. kelas A..diajar penuh semangat.. sudahlah memang bijak diajar juga seperti juara. Kelas last pula.. lemah pula semangat gurunya.. tidak dipimpin anak didik untuk menggapai kemenangan tapi diasak mengatasi pemikiran.. hujung2 guru patah semangat maka meningkat atau tidak anak didik apa yang dipedulinya..yang penting gajinya masuk hujung bulan.

Sebagai ibu bapa yang tersepit dalam kancah sistem yang kurang intelek ini.. sememangnya kita tidak punya banyak pilihan.. selain turut sama berjuang bersama anak2 untuk memastikan mereka mendapat bukan sekadar markah yang terbaik tetapi kelas yang terbaik .. kerana dengan itu sahaja lah maka mereka mendapat guru yang terbaik pula.

Apakah salah guru2 yang mengajar kelas anak2 kurang ilmu itu? semestinya tidak..tetapi barangkali semangatnya telah hilang dulu sebelum guru ini mengenal anak didiknya. Barangkali kerana peng'kelas'an kelas kurang bijak itu .. guru turut sama merasakan bahawa dirinya itu kurang bijaknya. Hingga belum apapun yang dilakukannya untuk anak2 didik itu ... dia telah meletakkan cop bahawa anak2 itu sememangnya tidak bijak. Arghhh ...terlalu banyak barangkali ... lalu apa yang pasti???

Ntahla... sebagai penjaga dan ibubapa .. tidak seharusnya kita menunding jari menyalahkan sesiapa.. hatta pada guru yang telah hilang motivasi serta hala tuju bahawa mendidik itu kerjaya yang dipilihnya.. kerana jika itu sikap kita menyalahkan orang lain maka anak2 kita jua yang kerugian.. bukan guru, bukan sesiapa..

18 Oktober 2011

Hakikat mendidik itu tugas kita yang utama ..kitala Guru pertama ..maka dari kita lah terbentuknya anak2... Guru di Sekolah itu hanya membantu... Pembantu yang Allah beri ganjaran bukan sedikit... bahawa ilmu yang disampaikannya akan sentiasa membuahkan pahala padanya selagi digunakan meski 'badan sudah dikandung tanah'..

Ibu bapa sebagai guru yang pertama .. seharusnya perlu bijak untuk menjadikan anak2 bijak.. Bijak itu pada pekiraanku dalam pula maksudnya.. bukan bermakna yang bijak itu mesti ke Universiti.. kerana bukan semua org berilmu itu mampu untuk menggengam segulung ijazah..bukan juga mempunyai riwayat hidup berketurunan bijak pandai .. walaupun barangkali kaedah saintifik atau genetiknya (kena tanya pakar2) anak2 dari daripada genetik bijak pandai itu berkemungkinan menghasilkan anak2 serupa induknya... namun sejauhmana kemungkinan itu tidak dapat dipastikan olehku..

Sesungguhnya ..bijak yang menjadi maksudku ialah kemampuan ibubapa itu dalam mengatur/ membimbing anak2 menjadi bijak pandai.. Kemampuan itu pastinya bukan datang tiba2..pastilah dengan ilmu.. dengan kepimpinan yang ada dalam diri ibu bapa itu.. kerana sekadar mengharapkan genetiknya memainkan peranan.. tanpa ada bimbingan dan aturan.. maka banyak kita lihat anak2 dari golongan itu turut kecundang.. tidak kira anak professor anak doktor.. anak guru atau sebagainya..

Cuba kita lihat contoh kejayaan Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal pula yang hanya merupakan anak seorang nelayan. Beliau mendapat 20A dalam peperiksaan SPM tahun 2008 dan dinobatkan pelajar terbaik SPM peringkat Kebangsaan. Rata2 kita pasti merasakan apalah bijaknya ayahnya yang sekadar seorang nelayan. Bagaimana ayah dan ibunya mendidik. Barangkali hanya guru memainkan peranan.. em..bagaimana.. mungkinkah..agaknya itulah persoalan yang mungkin berlegar2 di minda kita.. kerana kita tidak nampak tanda2 kemegahan pada ibu ayahnya seperti seorang bijak pandai.. yang mungkin ada segulung ijazah... kerana abad ini ijazah dipandang tinggi .. seolah dengan mendapat ijazah maka pandailah tuannya itu serba serbi..

Contoh ibu bapa Nik Nor Madihah itulah bijak dalam mendidik anak2.. walau tanpa ijazah ..jika ibu bapa itu pandai meguruskan anak2 ..tahu keutamaan.. beri galakan dan nasihat berguna.. membantu anak2 tanpa mengira penat lelah ..itulah bijak sebenar dalam kamus mendidik. Ibu bapa mungkin datang dari mereka yang buta huruf namun itu bukan penghalang..mungkin juga datang dari mereka yang bukan siapa2.. tapi kemahuan dan kesedaran menjadikan mereka2 itu pendidik yang berjasa... pendidik berwibawa.. apatah lagi berjasa pada anak2 ...kita jugalah merasa nikmatnya... nikmat kepuasan membentuk insan cemerlang...  pun begitu tidak dinafikan punyai ibu bapa yang bijak ilmu adalah bonus dalam mendidik anak2.. 

Banyak sebenarnya dugaan mendidik anak2 ini.. ku ulangi bahawa insan terbaik mendidik anak2 adalah ibu bapa.. Sesungguhnya anak2 yang lahir dari benih kasih sayang.. pastinya mudah berkembang jika disirami dengan air keikhlasan ibu bapanya... apatah jika dibajai dengan pengorbanan tanpa keluh kesah serta keimanan pada Pencipta yang Maha Esa ...maka kembangnya anak2 itu semekar mewangi haruman di taman.. Berbangga lah sesungguhnya ibu bapa yang padanya punyai taman yang indah .. dengan dulu membaja benih2 amal dengan jasa dan bakti..kelak bahagia menuai dari pohon yang merimbun dengan budi dan pekerti..

"Ya Allah.. apa yang kuperkatakan ini adalah untukku jua..moga pintu kesedaran ku terbuka luas dalam bimbingan dan kasih sayangMu.. Sesungguhnya tiada kemampuan untuk aku menunjuk jalan yang lurus buat anak2 andai aku terlebih dulu seringkali terbabas ke landasan yang penuh berliku... Apakah layak Ya Allah...untuk ku berdiri di muka bumi ini sebagai khalifah yang Kau ingini ..andai aku terbiar tanpa keredhaanMu... tanpa InayahMu.. Sungguh ya Allah aku sedar bukan mudah mengejar cintaMu.. tanpa dulu bertarung dan berjuang dengan kesabaran, ketabahan, keikhlasan... tanpa dulu mengenal bahawa setiap onak duri yang ku pijak itu adalah kasih sayangMu untuk mengingatkan aku agar sentiasa mengingati-Mu..
Suburkanlah hati ku Ya Allah dengan ketaqwaan.. moga dengan itu dapat kujadikan perisai mengharungi kehidupan ini... Janganlah pula aku lelah di pertengahan jalan...kerana di tangan ku ada bebutiran mutiara untuk kugilap ..untuk kupelihara.. supaya kelak ianya memancar menjadi antara cahaya penyuluh kehidupan sejagat.. itulah dia anak2ku ..anak2 buah hatiku.. yang meski kadang kala merobek jiwaku..yang kadang kala menggegar minda ku..tapi itulah penawar.. penawar luka... sumber kekuatanku ..kegembiraan ku.. maka kukuhkanlah hati ku Ya Allah ...membina kekuatan diri demi amanah yang satu ini..

Jadikanlah anak2ku ..anak2 saudara2 ku ..anak2 yang soleh dan solehah.. anak2 yang menjadi penyejuk mata ayahdabonda.. anak2 yang dapat kami menumpang kasih di hujung usia.. anak2 yang menjadi kebanggaan .. tidak perlu untuk tatapan sesiapa..cukupla kami mampu berdiri di hadapanMu dengan hati gembira bahawa amanah yang diberi ini kami galas dengan jayanya..

          Amin ya Rabbal 'Alamin..."

1 comment:

  1. Amin.. mudah2an... ikhlaskan hati sabarkan jiwa tenangkan minda insyaAllah... Allah melimpahkan rahmat dan kasih sygnya...

    ReplyDelete