Friday, May 20, 2011

Mendidik anak di zaman moden

Selasa 17/5/2011.. aku bangun pagi seperti biasa..selesai bersolat subuh anak bujang kukejutkan dari dengkuran..dengan nada perlahan kubisikkan..”assalamualaikum sayang..bangun nak.. solat subuh”. Kepalanya kuusap2..kucium ubun2nya..dengan nada perlahan jua anakku menjawab, “cutilah ibu”.. emm anak2ku.. teringat zaman kecilku, itu jugalah alasanku untuk terus tetap di katil... sayang nak meninggalkan bantal busuk..walau bau bantalku tidaklah sebusuk nama panggilannya itu.
Arwah bapa selalu tenang dan sabar mengejutkanku..dengan panggilan sayang..aku dikejut perlahan2..namun belitan syaitan kadangkala terlalu kukuh.. bantal kupeluk erat... tetapi demi mendengarkan derap kaki ibu mendaki tangga rumah..terus aku bingkas bangun... sambil berlakon-lakon melipat selimut... lucunya kenangan itu.. mahu tidaknya ..dari berbekas libasan rotan ala2 cemeti di pahaku.. baik ku sempurnakan subuh yang hanya 2 rakaat itu.. bukannya lama..tetapi dek termakan pujukan syaitan yang tak kelihatan itu.. maka terjadilah ‘subuh gajah’..apa yang gajahnya pun tak tahu.. tak pernah lagi rasanya tengok gajah sembahyang.. ada pula ‘subuh dinosaur’ tu yang kira bangun jam 10-11 pagi la tu.. dalam tidak sedar dengan rela diri kita membenarkan syaitan memujuk rayu...lalu dikencingi syaitan telinga kita tanpa rasa jijik. (Riwayat al-Bukhari-Muslim dari Ibn Mas'ood r.a.)

Itu dulu.. kini giliran ku pula menyambung tugas ibu bapaku yang telah diperturunkan dengan segala pengorbanan dan kesabaran. Dulu sebagai anak kadang-kala bila dileteri terasa sebal di hati, merajuk..merintih..mengapa ibu dan bapa tak sayangkan diriku.. namun bila dewasa, bila sudah menjadi ibu... diri makin mengerti kerana sayang lah.. kerana mengambil berat lah maka kita cuba mengatur kehidupan anak2... memarahi mana yang tersalah...

Bukan mudah sebenarnya..memang bukan mudah..terkadang kita menitis air mata demi menjadikan anak2 ini patuh dan taat pada Allah. Terguris hati nurani bila kata-kata dipatah tanpa belas oleh anak2 sendiri... terkadang jua ..keluh kesah terucap di bibir  bilamana fikiran menjadi buntu memikirkan cara terbaik mendidik anak2. Banyak anak2 sekarang bijak berbicara dengan ibu bapa... sepatah yang ditegur sepuluh patah dijawabnya kembali.. jangan kan begitu ..yang memukul ibu bapa sendiri tidak kurang banyaknya dalam masyarakat kita.. takut benar ya Allah...takut benar rasa di hati.. amanah mendidik ini bukannya mudah untuk dipikul...
Kata pepatah ‘menjaga sekandang lembu lebih mudah dari menjaga anak seorang’ tidak kira perempuan mahupun lelaki.. kini sama payahnya. Sementelah ibu2 sekarang rata-ratanya bekerja, menambah rumit bila ingin memantau anak2...apa tidaknya urusan mengasuh, mendidik terpaksa di ‘sub’ kan kepada bibik di rumah.. kalau yang menjaganya berpelajaran dapat juga mengajar megenal ‘alif ba ta’.. diajarnya berkelakuan baik..tidak melawan, tidak meninggi suara, tetapi jika yang menjaga buta huruf ..akhlak pun tiada.. sebelum ini diri sendiri pun tidak terurus jadi bagaimana lah anak2 kita terdidik olehnya...
Memang berat amanah ini..maka dengan itulah sedaya upaya  kita perlu mengkaji ..siapa yang patut kita serahkan untuk mendidik anak2 ini... sepeninggalan kita mencari rezeki.. namun janganlah pula kita lepas tangan..kita jua perlu banyak belajar.. manfaatkan waktu malam bersama anak2 dengan aktiviti yang bermakna... sememangnya letih usahlah dihitung... terkadang terasa ingin marah jika anak banyak pula berceloteh..mana pula yang berkejar-kejaran di dalam rumah.. ada pula yang mahu makan itu ini... sebagai ibu bapa..kesabaran amat perlu.. memang sabar mudah dilafazkan... namun datangnya sabar dengan usaha..dengan banyak mengingati Allah... ayuhla kita sama2 berikrar di hati ...pasakkan dalam diri bahawa kita akan sentiasa berjuang mendidik anak2 dengan akhlak rasulullah dengan dulu menjadikan diri kita pengikut sebenar rasul Allah yang tercinta itu...
Salam ingatan untuk kita semua
.

No comments:

Post a Comment