Hari ini aku belajar bagaimana mempertahankan diri jika berlaku serangan secara tiba-tiba oleh kaum lelaki. Amat menarik kursusnya... bagiku amatlah perlu para wanita bersiap siaga dengan segala ilmu mempertahankan diri..mana lah tahu entah esok atau lusa kita diuji Allah dengan kemungkinan-kemungkinan yg kita rasa tak terfikir dek akal..takkan orang nak rogol aku pulak yang dah beranak 5..emm aku ni dah kawin ..ala mustahil lah.. perogol sekarang tak kenal siapa kita yang penting perempuan ...tua kah, budak kah ..hatta bayi pun diterjahnya jua..Cis manusia kalau hilang sifat manusianya tak kenal kawan tak kenal saudara..
Amat menakutkan jika membaca berita-berita di dada akhbar.. kes ragut, kes rogol, kes bunuh, kes culik.. apakah sudah tiada lagi keamanan di bumi kita ini. Kalau dulu .. main lah ke merata ceruk hatta sampai ke hujung kampung masuk hutan keluar hutan ..umur 5, 6 tahun ..ibu bapa tak ambil kisah.. kerana tahu jiran tetangga bak saudara mara .. menjadi mata2 tanpa diminta..istilah menjaga tepi kain sendiri tidak menjadi isu.. yang utama tiada kain sesiapa yg patut terkoyak kerana koyaknya kain bererti koyaknya jati diri masyarakat itu.. sebagai muslim hatta sebagai manusia kerana manusia itu fitrahnya sukakan kebaikan.. cintakan kedamaian.
Tetapi, masih adakah lagi masyarakat yang seperti itu? Atau kita sekadar mengenang2 zaman yang lampau.. sedangkan usia dulu dan sekarang bukanlah jauh benar..apakah kemajuan teknologi hari ini menjadikan kita semakin jauh dari peradaban.. sedangkan pada logikalnya semakin maju, semakin cerdik..semakin membangun semakin bertamadun.. atau congak begitu salah ..dalam ertikata lain semakin maju bertambah jahil.. semakin membangun bertambah biadap.. begitu kah…argghhh semakin kacau dan keliru perkiraan kita.. jadi dimana silapnya???
Sesungguhnya jika ditinjau di manakah silapnya..makin terbeban rasanya kita.. kerana tidak habis sekajang lembaran untuk mengupas siapa yang bersalah.. di mana pula hendak bermula kesilapan dihitung ..dari diri sendiri.. ibubapa.. sanak saudara, masyarakat ..terus pula ke peringkat negeri ..negara… aduh memang tiada kesudahan .. harus bagaimana?? Apa kesimpulannya??
Menggaru-garu seketika kepala..walau tidak rasa gatalnya.. berat persoalan ini..bertambah berat kalau2 terjadi perkara2 sebegini..doa dalam hati..janganlah berlaku pada diri sendiri..atau pada siapapun yang kita kenali… tiba2 datang pula kisah menyimbah asid.. kisah apakah ini, apa yang terjadi?? Jenayah menjadi hobi.. suka2 menyakiti insan lain tanpa ada sengketa di hati… jadi apalah praktikalnya mempelajari ilmu mempertahankan diri..belum sempat langkah kekuda di buka.. air asid datang mencurah..argghh!!
Durjana sungguh manusia itu…manusia kah ..atau haiwan?? Sakit hati mendengar berita2 sebegitu namun sesakit itukah bagi bahu yang memikul derita simbahan asid itu..Ya Allah, bayangkan sudahlah menderita sakit ..bagaimana insan malang ini ingin berdepan dengan masyarakat.. sementelah org sekeliling simpatinya bersifat sementara selebihnya hanya memandang sinis dan paling bahaya merasa jijik.
Terkadang diri merasa.. akukah yang terlebih memberi tafsiran.. mengapi-api membentak masyarakat ..menyubur rasa bahawa masyarakat kita ini sudah tenat.. sungguh.. sungguh tidak kucipta dakyah menyesatkan.. sememangnya masyarakat kita ini semakin pincang.. jiran tetangga terkadang saling tidak mengenal. Menegur anak-anak berkelakuan sumbang dikatakan menyibuk hal org lain..siap mengata anak sendiri bukannya baik sangat sehingga mahu menegur orang lain. Yang meneguhkan agama dikatakan fanatik, dilabel dengan bermacam2..hingga tersalah buat sesuatu seperti ahli neraka hukumannya. Yang terang-terangan melanggar hukum Allah pula.. terdedah sini terdedah sana, berpeluk sini berpeluk sana..dipuja2 tiap waktu dan ketika..salah sedikit…ala biasalah manusia biasa..apakah mereka yang mendukung agama itu malaikat tarafnya.. hebat.. sungguh hebat masyarakat kita ini..
Pun begitu… aku tidak pernah jua membuang masyarakat hanya kerana keluh kesah ini.. yang kubimbang jangan sampai peringatan2 kecil yang Allah turunkan kepada kita..kita pandang sebelah mata.. apakah kita menunggu peringatan besar sebagaimana melanda Aceh.. astaqfirullah ..tak tergambar rasa ngeri andai itu yang terjadi..
Ayuh ..marilah kita sama2 insaf… mengukuhkan ilmu agama di dada.. didik anak2 kita nilai2 murni sebagai insan berbekalkan Al-Quran dan Sunnah. Kita pasti tidak mampu mengubah masa silam yang mencorak masyarakat kita hari ni ...meski kesalahan siapa tidak perlu kita ketahui. Namun hari ni kita punya peluang ..janganlah kita sia2kan.. moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh …anak-anak yang berperibadi mulia.. anak-anak yang membentuk masyarakat di masa depan. Moga tiada lagi jenayah2 yang tidak bermoral… yang tiada mengenal belas kasihan … amin.
No comments:
Post a Comment