Thursday, August 4, 2011

Hebat dan Dasyatnya Wanita

Hebatnya wanita ...siapa yang mampu menyangkalnya.. lihat sahaja kata2 pujangga, kata-kata pepatah yang tidak pernah gagal mempamerkan kehebatan wanita.. Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya.. Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia.. hahaha sesekali bersifat feminisme apa salahnya.. bila lagi hendak masuk bakul angkat sendiri..atau lebih canggih ..naik lif tekan sendiri.. laju skit ..

Tetapi itulah hakikat yang tak dapat di sangkal..kalau bawa berdebat dengan suami (ala2 debat ilmiah) memang menang tanpa balas kalau dua kali debat kira 2-0 lah... oh bertepuk kaum Hawa dengan kemenangan tak rasmi ini.. apalagi mulalah para suami pakat menjuih bibir..agak2 kalau lebih skit juihan itu dah boleh sangkut penyangkut baju.. tak lain dek kerana sedia maklum akan sering kalah bila berdebat. Jangan marah ya!

Berbalik kepada cerita hebatnya wanita... bermula dari sejak dilahirkan ..aduhai pakaian tak payah cerita.. blink blink mata mak ayah memilih dari skirt kembang, skirt kuncup, baju beropol, dress ala princess, gaya mak datin, tudung beropol dan segala macam ..segalanya anak gadis la paling meriah mendapat pakaian up-to-date.

Bila semakin remaja... walaupun di suruh masuk dapur (anak lelaki lepak bermain) dan perempuan kerja lebih itu bukan aniaya... yang anak lelaki tak tahu bila nak raya  bukan setakat dapat baju-baju .. sekali subang, rantai, gelang emas bersalut di badan.. ada yang ibu pinjamkan , ada yang dihadiahkan..emm dasyatnya kecil2 sudah berharta...

Bila semakin dewasa... datanglah sang pria menyunting si dara.. sudah berkenan lamaran di beri..bukan calang2... beradat berbahasa bahasi ... bukan free2 .. ada maharnya sebagai hadiah sebelum menjadi suri di hati si suami.

Dalam melayari rumahtangga.. bertambah hebat dan dasyatnya wanita, bukan sekadar menjadi kekasih pada suami , melayan penuh kasih sayang, makan pakainya dijaga rapi dan keluh kesahnya dikongsi bersama, bahkan ramai wanita turut sama mencari nafkah membantu suami melengkapkan apa yang tiada. Seawal 5 pagi sudah bangun dari tidur… tak menang tangan segalanya disediakan … dari ruang tamu hingga ke ruang dapur ada sahaja kerjanya yang tak sudah. Cukup masa berkemas terus pula ke pejabat, dari jam 8 hingga 5 masih tekun bekerja. Pulang ke rumah bekerja lagi , dari memasak, menguruskan anak2 .. kekadang hingga lewat malam serba serbi kerja mengadah... apakah itu tidak hebat?

Tak cukup dengan itu sahaja, sudahlah masa 24 jam itu bagai tidak cukup dengan kerja... ramai pula wanita turut juga bekerja sambilan... dialah suri di rumah, dialah bos di ofis, dialah businesswomen, dialah tailor, dialah ejen insurance... dia bla bla bla... HEBAT!!!
Apakah boleh di sangkal kehebatan wanita itu, sebab itu jika dibawa berdebat takkan mampu lelaki mengalahkan fakta yang jitu lagi padu ini... hatta barangkali jika disebut di akhir zaman ini ...”tiada wanita maka porak-perandalah dunia”...barangkali 95% tepat... makin berpeluh para lelaki...terkumit2 tergaru2 mencari apakah jawapan yang hebat untuk membidas fakta yang satu ini.. kerana bicara ini bukan omongan .. penuh dengan bukti yang sukar digugat... So apa lagi jika anda berani silalah komen..

No comments:

Post a Comment