Saturday, December 29, 2012

2012 yang menduga

Sudah lama tidak meluah rasa, terasa sukar menyusun kata..Hampir sejam termangu di depan skrin..terasa hampir saja kupadamkan skrin.. namun entahlah..masih saja jari jemari ini menaip walau berulang kali juga kutekan butang delete..

2012.. penuh cerita suka duka.. penuh gembira, tangis ketawa.. Meski pelbagai rasa singgah dlm kamus hidupku.. tidak sekali aku menyesali.. malah bersyukur hidupku penuh warna.. yg dapat kunukil buat pesanan..dapat kusimpan buat kenangan.

Meski banyak kisah gembira utk kukongsi bersama.. kali ini ingin kukisahkan sekelumit duka walau tidak sebesar mana..namun banyak mengajarku erti sabar, erti ikatan persaudaraan, siapa teman, siapa kawan .. banyak jua buat ku mengerti erti kasih sayang, nilai sebuah ingatan..

2012.. adalah tahun ujian buat kami sekeluarga.. ujian kesihatan.. dari anak yang kecil hingga kami ibu bapanya turut sama diberi tanda ingatan dari Yang Maha Kuasa. Bermula dari bulan Mei yang lalu bila anak sulungku mula mendapat chicken pox, hampir tiga hari dikuarantin di rumah, si kecil pula mula dijangkiti.. dek kerana cutiku masih banyak..maka akulah yang menjaga anak2. Hampir seminggu bercuti, anak keduaku pula turut serta. Kali ini, bapanya pula yang bercuti.. pejam celik dua minggu dihabiskan demi menjaga mutiara2 berharga kami berdua..

Masa terus pantas berlalu, hingga tiba musim 'open house' di bulan Syawal. Alhamdulillah ramai teman2 yang bermurah hati menjemput kami merayakan Aidilfitri yang masih berbaki. Namun dalam keghairahan menjamu  selera dan bergurau senda, barangkali kami leka utk memerhati anak2, kami diuji lagi bila anak yg kecil mula demam keesokan harinya. Ku kira demam biasa..namun bila tiba2 kelihatan bintik merah di tangan anakku.. kami terus berjumpa doktor dan anakku disahkan dijangkiti HFMD..astaqfirullah..

Mendengar kalimah HFMD kecut rasa hatiku membayangkan kesakitan yang bakal anakku lalui.. Teringatkan kisah2 teman ttg sukarnya anak mereka utk mkn kerana mulut dipenuhi ulser.. menambah sayu rasa hati melihat anakku yang umurnya belum pun mencecah dua tahun. Namun alhamdulillah.. walaupun hampir seminggu aku bercuti.. jangkitan pada anakku boleh dikatakan agak ringan. Mulut tidak dipenuhi ulser..sekadar ruam di dalam kawasan yg tertutup dek lampin..sedikit di tangan dan kaki.. Meski kukatakan ringan, luluh jua hatiku melihat tidurnya terganggu, menggaru sana menggaru sini.. sesekali menangis tiada henti.. Doaku tiada lain..moga sembuhla anakku..dan jika kau sakit rela ibu berganti rasa denganmu..

To be continued..



No comments:

Post a Comment