Sunday, October 2, 2011

Birthday party

Khamis yang lalu 29 Sept. 2011 genaplah umur anak sulungku 7 tahun. Seperti biasa hari lahirnya ku raikan dengan membeli sebiji kek dan seperti selalunya hanya kami la anak beranak yang makan kek itu. Tapi nak dijadikan cerita selepas pulang dari kerja ptg Khamis itu.. anak sulungku insist juga nak panggil kawan2 makan kek. Dalam keletihan kebetulan pula berpuasa, sebagai ibu kuturutkan jua permintaan anak dengan syarat selepas jam 8.30 supaya aku sempat solat dan berbuka puasa.

Jam 6.30 petang semasa mengambil baby ku ...anak yang no 2 ni dengan bermurah hati menjemput rakan2nya.. kusangka ajak2 ayam..rupanya bersungguh2.. maka datangla beramai2 rakan2nya yang belum mandi itu degan pelbagai bau2an tepat jam 7. Ternganga sebentar aku dan suami..terpaksa pula berbahasa bahasi memujuk anak2 itu pulang mandi dan datang jam 8.30..

Sementara belum tiba waktunya, aku bergegas masak serba ringkas untuk berbuka..di tambah menggoreng sedikit keropok2 yang ada untuk menjamu kawan2 anak utk majlis yang tak disangka2. Tepat jam 7.40, baru sesuap dua roti masuk ke mulut ku dengar riuh rendah suara anak2.. dalam hati jangan pula budak2  ni datang dulu.. solat belum lagi... 'Ding dong' betullah anak2 itu datang .. sekali lagi terpaksa mencari akal untuk meminta mereka sabar.

Selesai solat yang aku kira kurang kusyuknya dek kerana kepenatan, kelaparan dan keresahan .. meja kusiapkan dengan hidangan ala kadar.. kek, air sarsi dan keropok ikan huhuu...nasib juga ada keropok ikan.. kujemput anak2 masuk ke rumah.. Bukan sedikit.. agaknya habis se-taman dipanggilnya.. hingga ada di kalangan anak2 yang tidak pernah kulihat sebelum ini. . Hakikatnya bukan ramai yang kurisau tapi makanan takut tidak mencukupi..kesian anak2 yang datang..risau pulang dengan perut kosong..

Seterusnya nak dijadikan cerita bertambah hebat ..tiba masa memotong kek.. kek buah 1/2 kg yang nisbah nya amatla sedikit berbanding tetamu yang ada..  berebut anak2 nak kan strawberi, seorang nak kiwi.. terpaksa la ku handle bagai cikgu taska lagaknya. Dek kerana buah2an itu sedikit jadi untuk adil ku adakan kuiz 'siapa jawab btul boleh pilih buah apa nak'. Antara soalanku 'Berapa umur makcik?' Jawapannya... '13 makcik...22 makcik'.. Wah awet muda agaknya makcik ni.. 13 tahun tu.. bukan kepalang senyum meleret makcik.. pakcik yang sibuk merakam video walaupun kurang sihat senyum2 kambing melihat makcik... senyum ikhlas ke senyum apa tu..

Selepas selesai membahagikan buah2an yang ada, kek kupotong untuk semua..  nipis2 agar semua dapat merasa..namun ada juga yang tidak dapat...rasa kasihan juga pada anak2 itu tiba2 teringat dalam peti sejuk masih ada carrot kek idaman hatiku.. lalu ku keluarkan dan hidang kan pada anak2...alhamdulillah semua gembira walau hanya sehiris kek dan keropok ikan..

Benar tetamu itu pembawa rezeki..dalam kerisauan tak cukup makan..alhamdulillah cukup belaka.. siap cakap 'terbaik' tagline Boboy Boy. Keletihan ..kelaparan yang kurasa juga turut hilang bersama keriangan anak2 yang ada..

Alhamdulillah itulah kalimah yang sempurna dapat kulafazkan atas segala2nya..


No comments:

Post a Comment