Thursday, September 29, 2011

Bapaku kawin lagi!!

Baru2 ini seorang teman  mengadu pening kepala kerana ibunya kahwin lagi. Yang pastinya dia lebih mengetahui apa yang pening apa yang tidak. Aku sekadar mendengar ..sesekali menyampuk untuk menghilangkan rasa gundahnya.. kerana aku takut dalam pening2 itu dia lupa bahawa itu ibunya ..insan yang dia tidak boleh berkata 'uh' walau dalam apa keadaan sekalipun. Aku bukanlah insan hebat ma'sum dari kesalahan tapi dengan mengingatkan orang lain ..turut juga kuingatkan diri sendiri..dan aku jua perlukan teman2 untuk mengingatkan aku apa yang boleh apa yang tidak.. kerana kita adalah manusia.. 'nasiya' = lupa

Mengimbau kisah di zaman remaja.. seorang teman bercerita penuh semangat perihal atuknya yang ingin berkahwin lagi. Kata temanku ibunya (yang merupakan anak si atuk) menentang habis-habisan niat atuknya itu .. begitu juga ibu dan bapa saudaranya yang lain. Meski tika itu usia baru menginjak 15 tahun..masih muda ‘trang tang tang’ bak kata orang utara.. aku terfikir apa salahnya si atuknya kawin lain.. neneknya sudah meninggal..beberapa bulan yang lalu.. anak2 pula dah besar panjang .. semuanya sudah berkahwin.

Kata temanku buat apa la atuk nak kahwin lagi .. anak2 semuanya tinggal rumah bersebelahan jadi makan pakai ayahnya semuanya anak2 menjaga. Aku yang masih mentah dalam memahami rencah kehidupan.. mengangguk tanda setuju walau jauh di lubuk hati.. taerfikir2 apa juga salahnya atuknya nak berkahwin lagi..

Kisah itu berkubur lama seiring dengan usiaku yang meningkat .. cuma baru2 ini kutahu  atuk temanku tetap berkawin walau ditentang sekeras2nya.. Dalam hati aku berdoa moga2 anak2 tidak derhaka pada ayahnya..bayangkan berkata uh pun tidak boleh jadi jika menentang ..apakah mereka masih bermanis muka memandang wajah si ayah… atau masing2 memandang bagai harimau nak menerkam mangsanya. Astaqfirullah..

Baru2 ini timbul pula kisah yang sama.. tapi orang yang lain.. Minah saudaraku *bukan nama sebenar pula berkisah tentang mertuanya yang ingin kawin lagi.. Samalah isunya anak2 menentang dengan pelbagai alasan. Sebagai menantu si Minah hanya jadi pemerhati..  

Nantikan sambungannya....

19 Oktober 2011

Al-kisah saudara ku si Minah.. hanyalah seorang menantu..ditakdirkan sekitar tahun 2005 ibu mertuanya meninggal.. sayu hatinya kerana itulah satu2 ibunya setelah bonda kandung meninggal dunia. Hati bapa mertua memang tidak dapat diduga.. lelaki.. walau berapa usianya pasti cuba melindungi kata hatinya.. namun begitu ..riak kedukaan tetap jelas terpancar walau air mata disekang dari melimpah jatuh. Namanya isteri..dari muda hidup bersama pasti tiadanya terasa kosongnya.. Lama bapa mertuanya menduda.. tiba2 di suatu hari niat berkahwin lagi disampaikan pada anak2nya.. Katanya tak kisah siapa asal ada penemannya..

Apalagi anak2 yang mendengar.. bagai halilintar memecah bumi.. bertempik bergempita seluruh alam bagai berkahwin itu perkara luar biasa yang menakutkan.. tidak tahu mengapa ..Tetapi akhirnya si bapa berkahwin juga.. dengan bersyarat dari anak2 bahawa si ibu kedua mereka yang carikan. Walau awalnya mereka menentang namun kerana tidak mahu menderhaka diturutkan jua.. Dicari lah si ibu di serata pelusuk tempat maka berjumpala si dara yang lanjut usianya... maka berkahwinla bapanya..

Setelah berkahwin.. namanya pun pengantin baru.. tidak semesti baru itu muda.. tua pun barulah juga..maka ceria bapanya kembali semula.. makan bersama di dapur usik mengusik.. masaklah apa sahaja ..semuanya sedap belaka..bawa si isteri berjalan2 naik motor keliling kampung.. di beli kereta pula kerana penat bermotor. Jauh di sana anak2 merasa hiba.. ibu mereka tidak begitu pula dilayan bapa.. dari muda makan tak pernah tidak cerewet.. nak di bawak berjalan2...kerat jari la tak terfikir pun..

Sejak itu hormat anak mula tiada..kerana merasa ibu mereka dikhianati... hati mula dirasuk bisikan syaitan..
Ibu muda mula dirasa cuba mengaut harta.. dirasakan tidak pandai menjaga bapanya kerana masakan yang tidak setara ibu mereka.. Sebagai menantu..si Minah turut juga merasa kecewa.. walau bukan bapa sebenar tetapi kerana itulah satu2nya bapanya dikasihi seumpama bapanya. Kekecewaan Minah sama seperti ipar duainya.. dek kerana melihat bapanya itu berubah sikap.. walau menjadi insan lebih baik untuk si isteri .. dia terkenang2 kebaikan ibu mertuanya yang tidak dipandang suami.. Tapi namanya bapa.. Minah tidak menunjukkan kekecewaannya tetapi melayan seperti biasa.

Berbalik pada ipar duainya yang semakin hari semakin marah... Minah terpanggil untuk mendamaikan hati mereka.. Bagus benar sikap si Minah.. kerana derhaka hanya menyumbat kita ke lubang neraka dikatanya hanya satu.. lebih kurang katanya yang kuolah bagi 'feel' skit
"kita memang marah dengan bapa.. kita rasa mak de (Ibu tiri) tak pandai jaga bapa.. tetapi sejauhmana kita rasa kita mampu jaga bapa... kita hanya mampu menjaga ZAHIRnya.. makan, pakai. BATINnya??? bolehkah kita menidakkan perlunya kita pada pasangan. Takkan bapa nak berkongsi sedih ..atau terluka hatinya.. dengan kita? samakah kita menenangkan hatinya seperti isteri menenagkan hati suami?  Jangan kita berkata tentang nafsu saja.. walaupun untuk nafsu.. apakah suami kita nati juga ada had umur untuk bermesra dengan kita?"
Hebat...memang hebat kata2 Minah... itulah kata2 yang lahir dari keimanan... meski kata2 itu tidaklah juga merubah ipar duai itu sepenuhnya namun mereka tidak lagi memperlekehkan ibu muda.. kata Minah cukuplah mereka nampak hormat ..sekurangnya tidak mengundang kemarahan bapa ... biarlah apa yang ada dalam hati mereka.. yang penting ... bapa bahagia di hujung usia..

Akhir tahun 2009, bapa si Minah menghembuskan nafas terakhir ..bersama di sisinya isteri setia ..peneman ke hujung usia.. Sayu memandang penuh kecintaan pada suami .. Kata Minah dia beruntung masih diberi ibu...ada hikmah sebalik perkahwinan itu... Minah punyai Ibu lagi untuk berbakti.. punya kelebihan untuk menuai sebanyak mana pahala ... yang hanya jika dipandang si ibu itu dengan kasih sayang pun mendapat pahala...

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment