Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan ya Ramadhan!


Hari ini sudah 16hb Ramadan.. bermakna sudah 16 hari seluruh umat Islam berpuasa..  Bagi anakku yang sulung ... untuk memenuhi hari-hari berpuasa memang satu pertarungan. Mana tidaknya bila sampai waktu petang meleret je berjalan... sesekali tersadai di sofa keletihan dek kerana belajar pagi petang yang sudah pasti memenatkan. Untuk melupakan anak tentang makan suruh sahaja dia keluar bermain. Tiba2 boleh pula dia berlari... macam dapat kuasa ultraman.. sungguh ajaib kuasa bermain ini...hahahha..
Tapi  alhamdulillah kanak2 sekarang memang hebat.. kuat bersaing .. rasanya jika kita dahulu, umur 7 tahun lembik semacam.. rata2 kawan2 tidak berpuasa atau berpuasa setengah hari.. itupun sekolah cuma pagi atau petang sahaja di sesetengah tempat. Bila sampai pukul 3 mula la tidur melekap di lantai ..dek bahang panas serta kehausan.. jam 4 mula ke dapur tanya ibu.. lama lagi kah nak berbuka.. jam 5 tanya lagi.. sampai jam 7 .. mula nak menangis.. duduk jadi serba tak kena...di atas salah di bawah salah. Walhal jika diberi berbuka bukan apa pun yang dimakan ..minum segelas dah boleh berlari. Lagi ajaib!
Dulu itu aku... barangkali anda jua.. kini proses itu berulang..  anak2 pula belajar berpuasa. Kesabaran memang perlu dalam mendidik ..kita juga perlu bijak menangani emosi anak. Apatah lagi ramai para ibu yang bekerja.. kadang2 malas nak melayan terus sahaja menurut kata anak2. Baru merengek sikit, si ibu pula yang suruh berbuka walhal anak belum menyebut. Kesian.. itulah kata si ibu. Tapi ya juga.. kalau umur baru 6,7,8 tahun ..itu masih dalam latihan. Jangan pula anak berbuka ibu bapa naik gila. Sedangkan yang tua kalau tak mampu sebab keuzuran dan sebagainya pun dibenarkan berbuka. Islam itu mudah ..dan memudahkan.
Unik sungguh Islam ini..Allah tidak membebankan sesuatu pada hambaNya tanpa ada imbalan sebaliknya. Puasa ini nampak berat tapi hikmahnya sangat besar. Bayangkan setahun enjin perut ini dikerah, pagi petang siang malam ..kadang2 bangun malam sambung lagi .. jadi bila tiba Ramadhan ini lah bulan untuk servis. Tapi masalahnya bila berbuka memang tak ingat.. terkejut perut kira macam kereta diberi rehat sehari .. tetiba malam dibawa ‘racing’.. agak2 tak semput kereta tu.. tak tahula kalau ada enjin turbo se-power itu...
BERBUKA
Masa berbuka memang seronok.. apatah lagi yang dapat menyediakan sendiri menu hidangan itu.. tapi apalah yang hendak digusarkan.. bulan Ramadhan bulan nak beribadat.. bulan untuk mencari ketenangan.. jangan kerana tak dapat masak sendiri suami isteri nak bergaduh.. yang suami nak isteri memasak..yang isteri keletihan ..ye la sama2 bekerja ... bayangkan seawal  jam 5 sudah bangun untuk menyediakan sahur... sudah bangun siapkan anak2 ke sekolah kemudian terus ke ofis... balik ke rumah pastilah kepenatan jadi para suami kenalah faham.. tak perlu isu remeh seperti itu mengeruhkan suasana gembira waktu berbuka..
Walau apapun situasi anak2 lah yang paling gembira.. belum waktu berbuka merekalah paling sibuk ke hulu ke hilir masuk dapur...macam dorang pula nak memasak.. mula la mulut seperti bertih..ibu tak buat ini..ibu tak beli ini..abang nak ini ..abang suka ini kalau boleh semua kegemarannya akan di ‘list’ kan.. tapi bila berbuka tidaklah semua juga dimakannya dek kerana perut kekenyangan dengan air...
SOLAT  TARAWIH
Pertama kali suamiku membawa anak ke masjid untuk terawih ..memang gembira bukan kepalang.. bersemangat hendak menunaikan solat sunat yang hanya ada di dalam bulan Ramadhan. Kata suami awal2 sembahyang tekun dia mengikut.. namun bila sampai rakaat 4 tarawih mulalah nampak longlai..namun sepatah pun anak tidak bersungut.. pulang sahaja dari solat .. juadah simple ku sediakan ..sambil berbisik kutanya.. “seronok abang solat tarawih?”.. “emm esok adik pula ya ibu” “eh! Nape..kanke seronok ikut bapak?” soalku lagi.. “lama la ibu bapak solat..abang penat” sambil ketawa kukatakan padanya.. “penat tak apa pahala banyak.. nati duit raya pun banyak”
Macam takde kena mengena sembahyang dengan duit raya kan? Tapi begitulah anak2 kecil ..untuk menyubur minat kalau disebut pahala dan syurga sahaja sedang pahalanya tidak nampak apatah lagi syurga yang tak terjangkau dek akal.. agak sukar memujuk agar anak kekal gembira melakukan ibadah. Cuma dalam hati selalu ku berdoa moga caraku ini diberkati Allah.. jangan pula anak2 sehingga dewasa melakukan sesuatu demi imbuhan dunia...
SAHUR
Waktu sahur paling mudah ..lepas siap aje makanan terus kejutkan anak. Alhamdulillah bab bangun tidur anak sulungku memang tiada masalah. Dari kecil hingga sekarang tak perlu teruk2..sekali dua sudah bangun. Menunya pula memang simple tak pernah berubah sejak awal Ramadhan...susu kambing + mix coco crunch and honey star. Lepas makan alhamdulillah dah pandai  berus gigi... barangkali takut puasanya batal kalau ada makanan melekat di gigi. Kalau hari sekolah bukan Ramadhan susah benar nak hendak  gosok gigi..malas menyuruh ibu juga tolong gosokkan...
Mengimbau zaman kecilku sebelum tiba waktu sahur, suara pertama yang kudengar ialah suara bapaku..dalam kesunyian malam kedengaran suara tasbih dan tahmid membesarkan Allah ... sesekali kedengaran umpama berbisikan ‘Allahu akbar’ ketika bapa tunduk ruku’ serta sujud penuh tawaddu’menunaikan solat sunat. Rindu benar kenangan saat itu..  selesai bersolat bapa akan mengejut semua anaknya..penuh kelembutan. Seingat diriku waktu sahurlah yang paling berat kurasakan dek kerana sayang meninggalkan katil..makan pula terasa bagai nak tercekik barangkali kerana kesejukan pagi... tetapi bapa selalu menang memujuk.. kata2nya memang penuh hikmah.. jika tidak makan nasi diberikan juga minum air ..asal mendapat pahala bersahur..
Sahur sememangnya penting.. selain sebagai sumber tenaga untuk kita bekerja sepanjang hari.. sahur adalah syiar orang Islam sekaligus membezakan kita dengan penganut agama yang lain.. (sumber dipetik di laman blog nasyid-intertainment.blogspot.com)
NUZUL AL-QUR'AN

Alhamdulillah ..dalam kesibukan kerja dan menguruskan anak2 di rumah, aku bersyukur kerana dapat meluangkan masa menghadiri tadarus al-Qur’an di tempat ku bekerja. Alhamdulillah acara tadarus ini menjadi acara penting setiap kali Ramadhan. Jika mengharapkan diri sendiri membaca al-Qur’an di bulan Ramadhan ini kadang-kadang tidak sempat dan tidak mampu untuk dilakukan memandangkan anak2 masih kecil. Masa yang terluang hanyalah bila suami ada di rumah maka dapatlah bergilir melakukan ibadah ataupun selepas anak2 sudah lelap mata... namun masalahnya kita juga turut terlelap semasa menidurkan anak2.  
Esok pula Nuzul Qur’an.. sebelum anak terdidik dengan al-Qur’an .. terlebih dulu sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa menunjukkan minat pada Al-Qur’an. Memang masyarakat kita suka membeli al-Qur’an tetapi sayangnya kebanyakan al-Qur’an hanya dijadikan sebagai pameran .. sebagai hiasan. Betapa kita alpa.. ganjaran orang2 yang banyak membaca al-Qur’an tidak terhingga malah menjadi perisai kita setelah kita tiada di dunia nanti..
LAILATUL QADAR
Ya Allah ..ini lah malam yang dinanti2kan oleh semua umat Islam... malam penuh keberkatan ..malam seribu malam . Datangnya malam lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tika ini kita dapat melihat ramai yang semakin gigih melipat-gandakan amalan.. tidak kurang yang melipat-gandakan perniagaan. Semakin dekat aidilfitri makin banyak tempahan diterima. Tetapi kebelakangan ini ramai insan berniaga nampaknya celik agama.. rata2 menghadkan tarikh tempahan lebih awal agar mereka jua dapat bersama menunaikan ibadah.
Moga kita perbanyakkan ibadah ..dibukakan hati agar lebih mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan. Diberi kesabaran, ketenangan, kemudahan dalam semua urusan keduniaan dan akhirat. Amin ya Rabbal ‘alamin...

No comments:

Post a Comment