Monday, August 15, 2011

Jodoh ketentuan Illahi

“Minah..awak bila nak kawin?” tanya Nita sambil menepuk2 bahu sahabatnya yang sudah lama tak ditemuinya. Sambil menghela nafas pendek Minah bagai acuh tak acuh menjawab dek kerana sudah acapkali ditanya soalan bonus seperti itu, “Tengoklah”.“Ala.. awak tu memilih sangat”, sampuk si Ani sambil menjeling sahabatnya itu. Malas melayan sahabat-sahabatnya Minah diam membatu kerana lagi dilayan dia juga yang bakal sakit hati.
Pasti ramai antara anda yang mengalami situasi begini.. kadang2 pelik jua kita mengapa manusia bagai tak faham..soal jodoh bukan ketentuan kita. Atau mereka ini sebenarnya faham tapi buat2 tak faham. Pernahkah sesekali kita cuba meletakkan diri kita dalam situsi begitu ..agaknya apa yang kita rasa jika teman2 rapat sering bertanyakan soalan yang kurang bijak itu…
Mungkin ada yang berkata.. ‘saya sekadar nak ambil berat’... ‘saya cuma nak beramah tamah’.. ‘saya sekadar bertanya’.. dan bermacam2 lagi alasan. Sebaiknya kita sebagai jiran2, sebagai teman2, sebagai saudara tidak perlulah bertanya soalan2 ini terlalu kerap.. mungkin ada yang memang berniat baik namun bagi mereka yang belum sampai jodohnya ini..soalan2 ini amat sensitif. Takut2 merajuk diri putus pula silaturrahim.
Itu bab soalan mengapa belum kahwin.. ada pula isunya jodohnya suami orang. Sudah dibentak oleh si isteri ...dihina pula oleh masyarakat. Sekali lagi masih wujud manusia yang tidak tahu bahawa bila dikatakan jodoh..bukanlah semestinya dara bertemu teruna... bujang bertemu bujang..  bermakna kalau berkahwin suami orang pun jodoh juga.. bekas suami orang pun jodoh juga..bekas adik ipar pun jodoh juga cuma jangan pula bekas bapa mertua kerana bapa mertua haram selamanya untuk dikahwini.
Sememangnya jodoh itu ketentuan Allah.....jangan pula kita menyangkalnya.. Ada juga yang marah..’ala kalau dah hari2 mengoda suami saya macam mana suami tak sangkut’. Hakikatnya jodoh ini datang dengan pelbagai cara dan gaya. Ada yang tiba secara urat mengurat masa zaman belajar di sekolah ..urat mengurat di bus stop, ada pula melalui internet, ada yang sekali terpandang terus melamar.. melalui orang tengah dan ada yang bersungguh2 mengejar akhirnya jatuh ke tangan ..yang pasti bila terjadinya perkahwinan maka itulah jodohnya.. tak kira siapa tak kira bagaimana.. semuanya sudah dalam pengetahuan Allah. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment