Thursday, February 1, 2007

Blog untuk Semua

Salam ukhuwah untuk semua...pada awal terlahirnya blog ini.. saya merasakan ingin menjadikan sepenuh content blog ini bersifat perbincangan, luahan dan cerita.. namun lama kelamaan saya rasa blog ini seperti kian kaku.. hingga kemampuan berkarya agak terganggu.. Barangkali sekadar melihat baris2 ayat tanpa image2 yang menarik sedikit sebanyak adalah faktor yang menyumbang kebosanan sendiri... Barangkali pembaca juga begitu ..pastinya mengharapkan kelainan tiap kali menjengah laman ini..

Tiba2 idea untuk muatkan sedikit resepi2 muncul di minda ... walau agak menyimpang tujuannya.. matlamat saya hanya satu iaitu berkongsi apa sahaja selagi memberi manfaat kepada sesiapa jua.. Jadi  saya sisipkan  entri resepi2 yang hanyalah hidangan biasa, sekadar ingin berkongsi kepelbagaian citarasa yang tidak lain tercipta melalui pengajaran ibu bapa... (bapa pun pernah ajar memasak ..rindu pasa arwah), ibu mertua, sahabat2.. rakan sekerja dan rakan2 maya dan lain2nya..

Diharapkan sambil kita menjelajah isu kekeluargaan dan kemasyarakan yang 'nature'nya agak kritis dan penuh emosi.. sesekali kita sulami dengan perkara santai insyaAllah...Dan akhirnya setelah melayari blog ini, anda juga dipersilakan memberikan komen...dan juga berkongsi pengalaman di sini. Moga2 kita sama2 beroleh manfaat di dunia dan di akhirat...

Sebagai tanda sokongan.. sudilah kiranya menjadi supporter blog ini.. Kepada yang telah menjadi supporter terima kasih diucapkan.. syukran jazilan

No comments:

Post a Comment