Sunday, September 25, 2016

Madu dan Racun : POLIGAMI 3

Sangat banyak .. sungguh banyak hingga tiada noktahnya bila kisah poligami dibangkitkan.. Bukan semua.. sangat benar bukan semua dapat berlapang dada berbicara hal berkongsi kasih. Berilah apapun hujah.. sangkallah semahunya esok lusa ada juga yang ke Sempadan. Marahla semahunya Mengamukla sehabis kudrat.. jika dah mahu berkahwin dua.. berkahwin jugalah suami kita

Sememangnya ujian bermadu sungguh besar bagi sesetengah wanita.. membayangkan sahaja suami dikongsi org pun tak semena2 air mata mengalir.. inikan pula dipaksa menerima hakikat bhw diri telah dimadukan.. Entri ini bukan untuk menunjukkan saya pandai.. bukan juga menunjuk hebat.. tapi mungkin entri ini dapat tenangkan hati para wanita yang dimadukan.. mungkin dapat menjadi pengongsian ilmu bagi yang bencikan poligami.. Ya mungkin yang segalanya milik Allah ini.. baik ilmu atau lintasan fikiran saya ..jika dibaca sepenuh jiwa.. saya mahupun anda.. mungkin akan tersedar.. Apa yang sebenarnya yang kita kejar dalam hidup kita? Apa sebenarnya tujuan kita berumahtangga? Apa sebenarnya Sang Maha Pencipta inginkan dengan mengurniakan kita pasangan dalam kehidupan ini...

Saya pernah menyaksikan kehidupan bermadu sebuah keluarga.. rumah madu dibina selang tiga buah rumah dari isteri pertama... Isteri pertama tidak pernah redha suaminya berkahwin lagi.. maka hari2 yang dilalui penuh dgn kata2 yang menyakitkan. Cintanya pada suami seolah2 tiada lagi ..meski hidup masih sebagai isteri ..tanggungjawab mengurus rumah dibuat rapi..tapi tutur katanya umpama benci yg tiada kesudahan.. dari hari ke hari suami makin menjauh.. mendekat diri pada yang satu lagi.

Isteri kedua sudah pastilah kerana baru semuanya manis belaka.. kesempatan itu diguna sebaiknya.. dilayan suami sepenuh hati.. makin hari suami makin mendekat ... hampir2 terlupa ada tanggungjawab yang lain tidak digalas..

Bertahun lamanya amatlah sukar utk menyatukan keduanya..suami pula amat jahil dalam beragama..menambah sukar perjalanan berumahtangga..  untuk istri mnjadi akrab seperti kawan baik pastilah mustahil..tapi sekurang2nya harapan org sekeliling mereka dapat hidup rukun damai.. walaupun kurang ilmu agama tapi sebaiknya kaya ilmu adab..saling hormati sebagai manusia. Bertahun mereka hidup begitu terasa takut hati saya membayangkan apakah amalan mereka diterima kerana yang satu sudah tiada hormat dengan suami.. yang satu mengambil hak giliran isteri yg lain.. yang suami berat sebelah...

Meski begitu perjalanan hidup mereka, jodoh mereka sungguh berpanjangan juga. Hingga kini masih lagi bersama dengan masing2 sudah bercucu barulah keamanan ketenangan dapat dikecapi. Setelah masing2 mula mengadu sakit urat baru perdamaian dihulurkan.. sungguh saya menyaksikan betapa hebat penangan poligami.. hanya yang kukuh iman dan terdidik dgn adab yg mulia dapat bersabar.. begitu juga hanya yang redha kecapi ketenangan..

Mengapa saya berbicara tentang ketenangan.. sedangkan entri ini tentang poligami yang menggangu gugat ketenangan? Sungguh tiap kali saya berhadapan dengan apapun jua ..bila akal sukar mencari jawapan pada persoalan kehidupan.. bila hati gundah gulana kerana sikap manusia.. bila perasaan sedih dan pilu dalam perhubungan tak kira bersama suami atau anak2 atau kaum keluarga.. Saya akan bertanya pada diri.. Apa kau cari hai akal.. apa yang kau tagih hai hati.. Apa yang kau damba hai jiwa.. Jika mampu dengan meluah kata2.meluah rasa.. akan saya lakukan demi sebuah ketenangan.. Namun jika semuanya hanya merosak ketenangan.. akan saya katakan pada diri sendiri.. kau ambillah jalan perdamaian.. kerana jika kau kejar apa yang kau inginkan...baik menurut akalmu, hatimu dan jiwamu.. kelak yang rosak binasa adalah dirimu sendiri..

Apakah dalam hidup ini mencapai kehendak akal dan hati itu perlu..sehingga bermati-matian? Jika takdir Ilahi telah menentukan poligami itu hadir mengetuk kedamaian dalam berumahtangga kita.. Bukankah yang hilang itu damai dan tenang.. maka jalan terbaik bukankah menenangkan hati? Bukankah ketenangan yang perlu kita usahakan? Sungguh bukan mudah.. calar luka di hati bukan mudah dihilangkan tapi apa lagi yang mampu kita lakukan..APA LAGI??

KETENANGAN.. ya ketenangan. Hati saya sering berbisik,.. jika dalam hidup ini satu perkara yang perlu saya kejar pastilah saya kejar ketenangan. Betapa ramai di luar sana.. kita lihat meskipun miskin tapi mampu bersedekah.. mengapa? kerana tenang rezqi Allah telah ada sedari azali. Kita lihat ada yang sakit kronik tapi masih mampu tersenyum, menikmati kehidupan.. kerna apa? kerana tenang mati itu pasti.. tidak sesaat awal tidak sesaat lambat. Adapun yang berpoligami.. ada.. memang ada yang hidup para isterinya saling redha meredhainya.. barangkali kerana apa? Barangkali kerana tenang.. tenang yang suami itu bukan hak hakiki.. yang poligami itu pengsyariátannya termaktub dalam Kitabullah.. Barangkali.. hanya barangkali.
.
Ketenangan memang bukan semudah ABC untuk dikecapi.. berbalik pada sang miskin dan yang sakit tadi apakah semuanya yang miskin itu sejak azali peroleh ketenangan.. TIDAK. Apakah semua yang sakit kronik itu sedari awal tersenyum dengan berita kesakitannya..TIDAK. Dan yang berpoligami itu apakah semuanya berlapang dada bergembira bila dimadukan.. TIDAK. Ketenangan itu tidak hadir sekelip mata.. Amat mahal pertaruhannya..Apakah kita yang iman senipis kulit bawang.. tidak mampu meraih ketenangan?

Barangkali pertanyaan sebegini mampu membuat kita berfikir dan tenang.. Soal diri sendiri tatkala dirundung ujian ..Apa yang kita kejar dalam kehidupan? Suamikah matlamat hidup kita? Hidup kita tidaklah begitu panjang.. jika bahagia yg kita dambakan dari sebuah perkahwinan apakah penentu kebahagiaan itu hanya suami?  Kebahagiaan itu perlu dicipta.. Suami itu jalan kebahagiaan namun suami bukan matlamat akhir dalam kita  mencapai kebahagiaan .. Sungguh memanglah senang bila hanya berkata-kata .. hakikat yang berlaku bila kita dimadukan takkan dapat kita ubah..ciptalah ruang kebahagiaan dengan menumpukan tanggungjawab kita kepada Allah dan Rasul saw.. kepada suami kepada anak2..

Berlagu sedih meratap hiba takkan pernah pergi wahai kaum hawaku andai kepada manusia tempat kita merintih.. kerana damai itu kurniaan Ilahi.. maka selayaknya rintih itu dilagukan pada yang Maha Mendengar.. yang Mendengar itu bukan calang2nya.. yang bukan sekadar mendengarinya malah meng'ijabahi doa2 serta memberi pahala pula..

Benar kita hanya manusia.. pastinya merintih pada manusia sedikit jika tidak banyak dapat mengurangkan beban di dada.. Namun harus ingat.. bukan semua layak menjadi pendengar.. krn tersilap langkah pendengar itulah perosak kedamaian dan ketenangan..

Teguhlah dengan iman meskipun perit dapat saya rasakan.. dengan mentaati suami selagimana suami tidak melanggar batas2 syari'at.. selagi nafkah diberi dgn adil.. selagi hak dipenuhi.. namun jika semua itu tidak ditunaikan oleh suami maka Islam itu amat adil lagi saksama.. tidakkan begoncang arasy' bila isteri menuntut hak.. sesungguhnya tiap jalan yang susah itu ada jalan yang mudah.. Sungguh Allah itu sebaik2 Penolong dan Pemberi Jalan.. yakinlah..pasti kitakan tenang..

Wallahu a'lam


Friday, January 2, 2015

Banjir : Antara Musibah, Ujian dan Kasih Ilahi

Banjir, satu fenomena alam yang mungkin biasa bagi mereka yang pernah melaluinya.. Seperti sebahagian rakyat Kelantan ungkapan banjir diterima biasa-biasa sahaja.. kerana saban tahun ianya berlaku.. sejak berkurun lamanya.. Barangkali jika ditanya datuk nenek atau moyang yang masih hidup.. mungkin jawabnya 'ala bisa tegal biasa'. meski harta benda rosak.. masih mampu bertahan..

Namun penghujung Disember lalu 'bisa'nya banjir di Kelantan bukan biasa-biasa.. Aku yang hampir menjangkau umur suku abad ini serasanya tidak pernah menyaksikan natijah banjir yang mengerunkan ini.. atau aku yang ketinggalan zaman..

Terbaca juga aku komen-komen di media sosial yang lain.. pernah terjadi banjir yang se ngeri ini sebelumnya..malah ada yang lebih dasyat. Maka aku rumuskan mungkin tika itu alat perhubungan tidak secanggih sekarang..adanya kemudahana internet memungkin berita sampai sepantas kilat.. Kemunculan WhatsApp Facebook Twitter dll memudahkan pengongsian maklumat dan mudah pula di'viral'kan oleh sesiapa juga.. Ada yang benar.. ada juga yang palsu.. Aduh.. (dalam kekagetan begini masih ada insan yang suka menangguk di air keruh)

Berbagai komen jelas mengisi ruangan media sosial.. ada yang merasakan banjir ini adalah musibah.. mulalah saling tuduh menuduh.. dengan semangat kepartian yang menjelekkan mereka lupa erti kemanusian.. lupa Allah yang merencanakan..

Ada juga yang merasakan banjir ini tanda kasihnya Ilahi.. datang penuh hikmah meski yang tergadai bukan sekadar harta malah nyawa insan tersayang..

Bagiku.. kita sebagai manusia hanya mampu mentafsir sekadar akal pemberian Illahi.. barangkali benar.. benar bahawa banjir ini musibah.. ada murka Allah disebaliknya.. Datangnya banjir untuk mencuci noda dan dosa itu..

Barangkali benar.. benar bahawa banjir ini tanda kasihnya Illahi.. diambilNya insan yang terpilih yang barangkali hidupnya kemudian hari lalai mentaati Illahi

Barangkali benar.. benar banjir ini ujian.. mungkin bukan sekadar badan dan jasad rakyat Kelantan yang menanggung tapi sekalian rakyat Malaysia yang menyaksikan.. kulihat di mana-mana ada dermawan.. kulihat di mana-mana ada jejaka perkasa menitis keringat menghulur bantuan, Kulihat di mana-mana ada wanita berselinsing lengan mencari sumber bantuan untuk mangsa.. kulihat di mana-mana wang ringgit tidak lagi menjadi soal.. Kulihat di mana-mana ada air mata yang tumpah keinsafan.. kulihat di mana-mana ada saja tubuh yang sujud pada Illahi... Sungguh banjir ini ujian..

Hanya bila kita berbaik sangka dengan Illahi.. pastinya Musibah itu Maghfirah (keampunan)  ..
Ujian itu Rahmah (kasih sayang)

Tulus ikhlas dariku buat seluruh rakyat Kelantan,, Pahang, Perak, Johor, Kedah, Sabah dan seluruhnya yang langsung dan tidak langsung menghadapi banjir.. Kepada Allah tempat kita mengadu dan berserah..Moga surutla hendaknya banjir,,dan pulih seperti sediakala.. amin






Thursday, January 1, 2015

Tahun baru 2015



Tahun 2015 yg baru tiba..


Apa azamku..terlintas di benakku..sesungguhnya org yg berjaya adalah org yg hari ini lebih baik dari semalam..lalu apakah yg kulakukan hari ini yang lbh baik dari semalam? Terlalu byk di fikiranku ini sebenarnya ttg apa yg ingin kulakukan namun kerana terlalu byk akhirnya tiada satu pun yg kubuat utk kukatakn lbh baik dari smlm.. Arrghh


Letih melayan kerenah fikiran yg slalu suka berfikir..penuh ruang mindaku ini dgn buah fikiran..hingga kurasakan klu dibentang barangkali muntah darah dek krn byknya.. Bergema segenap ruang kata2ku penuh motivasi dan semangat sehingga suamiku melopong kehairanan bagai tiada noktah istrinya hari ini penuh dengan refleksi diri. Tapi fikirku apa gunanya klu sekadar berfikir tiada pula yg mmberi manfaat pd sesiapa hatta diriku sndiri..


Mataku tertancap pd rak buku di kamarku.. Terlihat nota kursus yg pernah kuhadiri dua thn lps...bagaimana aku lupa..aku tlh diajar mengurus masa.. telah diajar bagaimana mengenal pentingnya suatu tugas.. yg mana perlu didahulukan dan sebagainya.. nafas kutarik lega..Aku senyum sendiri..


Nah! ini dia azamku tahun 2015.. Untuk melakukan yg terbaik.. Lebih baik dari semalam.. Akan kugariskan satu2 keutamaan dlm diari hidupku.. sebagai hamba Allah..kasih dan cintaNya akan kukejar.. Suruhan dan laranganNya akan aku dalami moga aku di jalan yang benar.. tak lupa sebagai umat nabi Muhammad..sebagai istri pd suami tercinta..ibu pada tiga mutiara hati..saudara pada 7 kekanda adinda yang hebat.. sahabat..jiran.. muslimin muslimat, masyarakat, kerjaya dan segalanya..



                          2015 moga sempurna harimu kulalui pastinya dgn redha Illahi






Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.